Categories: Berita

Honda BeAT 2022 dalam warna baru harga dari RM5,765

TERDAPAT EMPAT PILIHAN WARNA YANG DITAWARKAN UNTUK HONDA BEAT IAITU CLIPPER YELLOW, PEARL MAGELLANIC BLACK, VIVACITY RED DAN PEARL NIGHTFALL BLUE.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Menampilkan reka bentuk dan grafik terkini, Boon Siew Honda telah memperkenalkan skuter kompak Honda BeAT dengan harga mula dari RM5,765.

Dengan elemen Sporty dan modennya, Honda BeAT mampu menarik minat pengguna yang lebih muda dan tidak melupakan aspek utama iaitu alat pengangkutan yang boleh dipercayai.

Terdapat empat pilihan warna yang ditawarkan iaitu Clipper Yellow, Pearl Magellanic Black, Vivacity Red dan Pearl Nightfall Blue.

Honda BeAT dikuasakan oleh enjin eSP (Enhanced Smart Power) dengan sistem pembakaran PGM-FI yang menghasilkan kuasa maksimum 8.67hp @7,500rpm dan 9.53Nm tork @6000rpm.

Related Post

Enjin eSP lulus piawaian Euro 4 dan Energy Efficient Vehicle (EEV) di mana penggunaan bahan api adalah sangat menjimatkan iaitu sekitar 59.1km/liter (mod uji WMTC).

Dari segi tunggangan, Honda BeAT mendapat sentuhan inovasi Smart Architecture Frame (eSAF) dipertingkat yang pastinya menjamin keselesaan penunggang.

Skuter kompak ini bukan sahaja mudah dikawal, malah menawarkan lebih banyak ruang tangki bahan api dengan kapasiti 4.2 liter lengkap dengan 11.7 liter ruang simpanan.

Antara ciri dan kelengkapan yang terdapat pada Honda Beat ialah sistem lampu LED, Side Stand Switch dan Combined Braking System (CBS) yang berfungsi memindahkan tekanan brek pada tahap optimum ke roda hadapan dan belakang.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah