Categories: Berita

Kawasaki Ninja ZX-25R adalah mimpi penunggang muda

KAWASAKI NINJA ZX-25R ADALAH MIMPI PENUNGGANG MUDA DAN JENAMA JEPUN INI MUNGKIN MENDEDAHKAN MOTOSIKAL INI DI TOKYO MOTOR SHOW PADA OKTOBER.

Kawasaki Ninja ZX-25R | Sumber gambar: Visordown

Majalah Jepun Young Machine telah mendedahkan pelan baru bagi Kawasaki Ninja ZX-25R. Menurut penerbit Jepun, kilang Akashi telah mula pembangunan enjin baru. Rangka serta komponen casis lain adalah elemen seterusnya untuk dibangun. Ninja ZX-25R berharap untuk membawa pulang prestasi sukan bagi sportbike sesaran kecil 90-an.

Dijangka tiba di pasaran jelang 2020, Ninja ZX-25R sudah menjadi subjek kepada analisis dalam oleh Young Machine. Mereka berkata motosikal itu akan menampilkan enjin baru. Unit empat silinder 250 cc dapat naik sehingga 20,000 rpm! Kawasaki mahu sportbike kecil ini untuk menjadi agresif, jadi angka kuasa harus sekitar 60 hp.

Tork dan kuasa lebih tinggi berbanding dengan sportbike sesaran kecil/sederhana semasa. Tetapi bukan setakat itu sahaja! Geometri rangka memberi lebih fokus kepada kegunaan trek. Ini bermakna para penunggang akan menikmati Ninja ZX-25R dengan sepenuhnya semasa menunggang di trek.

Related Post

Terdapat khabar angin yang merujuk kepada penggunaan turbo oleh Kawasaki untuk meningkatkan prestasi. Tetapi menurut informasi terkini mengenai projek ini, enjin yang digunakan adalah enjin jenis naturally aspirated. Itu bermakna Kawasaki telah mencari solusi bagi enjin tersebut yang memerhati peraturan homologation. Diberikan ini adalah enjin kecil, ia akan menjadi amat menarik untuk memahami bagaimana Kawasaki berjaya untuk mencapai ini.

Kawasaki Ninja ZX-25R | Sumber gambar: Kompas Otomotif

Reka bentuk Kawasaki Ninja ZX-25R agak seiras dengan adik besar Ninja ZX-10R. Lampu depan, fairing dan reka bentuk roda dan juga air intake untuk meningkatkan kesan ram-air. Tetapi terdapat beberapa ciri yang merujuk kepada gaya ikonik sportbike tahun 90-an. Sebagai contoh, intake tubes yang boleh dilihat dari fairing depan hingga tangki minyak.

Seperti yang kami telah katakan, Kawasaki Ninja ZX-25R dijangka akan didedahkan semasa Tokyo Motor Show pada Oktober. Kawasaki mungkin akan menyampaikan unit-unit pertama kepada para pelanggan mulai awal 2020. Harga belum ditentukan lagi

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan