Honda Africa Four | Sumber gambar: Ride Expeditions

Kami sering lihat motosikal custom yang luar biasa dari beberapa projek seperti IDM Tripla Competizione atau Suzuki Virus 1000, tetapi rekaan baru dari pengedar Swiss Brivemo Motos, menunjukkan kami bahawa imaginasi tidak mempunyai batasan!

Kerja terkini mereka ialah Africa Four, satu campuran antara motosikal adventure seperti Africa Twin dan CB1000 R, yang bermakna Africa Four akan menjana lebih kurang 145 hp.

Asas untuk ciptaan ini adalah Honda CB1000 R baru, termasuk enjin empat silinder, rangka mono-backbone, dan swingarm satu sisi. Fork depan telah digantikan dengan unit Showa yang digunakan pada model off-road CRF450R dan ia memberikan roda depan untuk mendapat jarak roda sebanyak 315 mm yang akan memberikan penunggang keupayaan untuk menyerang laluan off-road tanpa sebarang kehilangan kawalan.

Oleh sebab motosikal ini adalah jenis off-road, Brivemo Motos menukar sistem brek dari sususan double disc bagi roda depan ke sususan cakera tunggal tetapi apa yang aneh adalah roda stock CB1000 R yang masih disimpan tetapi kini dilindungi dengan Continental TKC 80 untuk pengembaraan off-road tanpa kehilangan cengkaman.

Related Post

Perubahan yang dilakukan pada suspensi depan bermakna pakej elektronik asas juga perlu ditukar. Kawalan traction dikekalkan tetapi tiada lagi kawalan untuk ABS. Satu lagi elemen yang perlu diperbaiki ialah untuk memuatkan  gaya off-road Africa Four adalah ekzos, dengan peniaga Honda memilih untuk penyeyap karbon fiber high mount, yang juga harus mengeluarkan bunyi yang hebat!

Jika anda berpendapat rekaan ini dari Brivemo Motos hanya untuk pameran, realitinya ialah Africa Four akan digunakan pada Brivemo Africa Twin Raid, satu acara off-road yang diadakan setiap tahun oleh pengedar untuk pelanggan mereka di Afrika Utara, di mana Africa Four akan menunjukkan keupayaannya.

Honda Africa Four | Sumber gambar: Bike Bound

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan