PROGRAM BARU INI AKAN SEDIA UNTUK PARA PENGEDAR MULAI 1 MAC 2020.

Kawasaki Motors Corp. USA baru mengumumkan perjanjian pembiayaan baru dengan Roadrunner Financial. Perjanjian ini akan menawar pinjaman berdaya saing kepada Credit Builders dengan markah FICO 550-660+. Roadrunner akan membawa pengalaman pinjaman baru dan lebih baik melalui aplikasi digitalnya. Ini akan membantu para pelanggan untuk membuat pilihan yang lebih cepat dan sesuai dengan maklumat lengkap.

“KAMI SANGAT TERUJA UNTUK MEMPERKUATKAN HUBUNGAN KAMI DENGAN KAWASAKI. KAMI RANCANG UNTUK MENYAMPAI JUALAN TAMBAHAN YANG KETARA UNTUK KAWASAKI PADA 2020 DAN LEBIH LAGI,” TAMBAH JON VESTAL, NAIB PRESIDEN JUALAN  DI ROADRUNNER FINANCIAL.

“Roadrunner Financial adalah tambahan penting untuk Kawasaki dan pengedar kami,” kata Bill Jenkins, Naib Presiden Jualan dan Operasi Kawasaki seperti dipetik dari Road Racing World.

Related Post

“Fokus pada program kredit near-prime akan menawar para pengedar peluang baru untuk membiayai pelanggan dengan produk Kawasaki Powersport.”

“Roadrunner akan memberikan peniaga Kawasaki alat baru untuk menutup transaksi yang biasanya akan terlepas.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan