Categories: BeritaSukan Motor

Mika Kallio akan ganti Johann Zarco untuk baki musim MotoGP

MIKA KALLIO AKAN MULA HUJUNG MINGGU INI DI MOTORLAND ARAGON.

Mika Kallio | Sumber gambar: Moto GP

Red Bull KTM baru mengumumkan pelumba uji terkini Mika Kallio akan berlumba bersama Pol Espargaro bagi baki musim 2019 MotoGP. Kallio akan bermula hujung minggu ini di Gran Premio Michelin de Aragon.

Mika Kallio sedia untuk mengganti tempat Johann Zarco. Zarco dan KTM telah memutuskan untuk menamatkan perkongsian mereka pada hujung 2019 tetapi oleh kerana pembangunan semasa, keutamaan terpaksa disusun semula.

Pelumba dari Finland menunggang KTM RC16 semasa debut pertamanya di Valencia 2016. Dia telah mengambil bahagian dalam tujuh perlumbaan wild card dari 2016 hingga 2018.

Related Post

PIT BEIRER, PENGARAH KTM MOTORSPORT

Sumber gambar: KTM Blog

“Kami perlu buat keputusan untuk memastikan sumber kami digunakan untuk mendapat keputusan terbaik dan kami kini berada dalam arah positif dengan struktur MotoGP kami. Kami percaya Mika akan bantu kami di peringkat ini oleh sebab pengalaman serta latar belakangnya. Ia amat penting bagi kami untuk mengesahkan keputusan uji kami dalam keadaan perlumbaan sebenar untuk mula musim 2020 kami dalam kedudukan terbaik,” kata Beirer seperti dipetik dari KTM Factory Racing.

“Mika telah membuktikan keupayaannya atas RC16 dan kami gembira dia akan sertai sebagai pelumba sekali lagi. Memang tidak disangka lagi kami akan memberi fokus terhadap konfigurasi baru dengan motosikal #82 sambil bersaing untuk mata dalam perlumbaan-perlumbaan terakhir kejuaraan. Pada masa yang sama, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Johann atas usaha beliau sejak penyertaannya pada November lepas. KTM akan sambung menyokong beliau sehingga tamat tempoh kontrak kami pada hujung musim 2019 dan kami mengharapkan semua yang terbaik bagi masa depannya.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah