HONG LEONG YAMAHA MOTOR MALAYSIA AKHIRNYA LANCAR YAMAHA T-MAX 560 2022 DENGAN HARGA DARI RM72,288 DAN BOLEH DIDAPATI DALAM DUA WARNA.

Yamaha T-Max 560 2022 baharu

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Hong Leong Yamaha Motor akhirnya lancar Yamaha T-Max 560 baharu di Malaysia. Ia adalah skuter middleweight yang termasuk dalam barisan Big Bike dan menampilkan kehadiran jalan dinamik dengan gaya dan prestasi yang unggul. 

Direka khas untuk meronda di bandar yang sibuk dan untuk perjalanan jauh, maxi-skuter ini dilengkapi dengan enjin selari kembar 562cc dengan kuasa maksimum 47hp @7,500 rpm dan tork puncak 55.7Nm @5,250 rpm. Kuasa ini disalurkan ke tayar belakang melalui kotak gear V-belt automatik. 

Mengiringi enjin berkuasa adalah casis ringan yang terbuat dari kerangka twin-spar aluminium die-cast. Ia dilengkapi dengan keseimbangan ketegaran yang dioptimumkan dan menawarkan navigasi yang lebih lancar kepada penunggang.

Maxi-skuter mewah ini menampilkan signal LED 3 mentol kompak, bahagian tepi ‘boomerang’, penyalaan LED sekeliling. Ia juga dilengkapi dengan kluster instrumen pelbagai fungsi TFT monochrome yang merangkumi tachometer pada bahagian kanan, speedometer di kiri dan paparan tengah yang menunjuk pelbagai petunjuk. 

Related Post

Ciri utama lain dari Yamaha T-Max 560 adalah:

  • Kawalan Cruise
  • 2-level D-Mode
  • Sistem kawalan traction
  • Sistem Kunci Pintar
  • Pelana dan grip dipanaskan
  • Cermin boleh laras elektronik
  • Tangki bahan api 15 liter
  • Roda 15 inci dengan tayar jenis tubeless 120/70 di depan dan 160/60 di belakang.

Untuk suspensi, ia mendapat fork terbalik 41 mm di bahagian depan dan sistem jenis pautan Swingarm di belakang. Tugas brek dikendalikan oleh brek cakera ganda dengan ABS dua saluran.

Harga Yamaha T-Max 560 2022 di Malaysia bermula dari RM 72,288 (tanpa cukai jalan, insurans, dan pendaftaran). Ia boleh didapati dalam dua warna – Tech Kamo dan Power Grey. Dengan setiap pembelian, syarikat ini menawarkan kantung kunci Royal Selangor dan kunci cakera brek

Sumber: Zigwheels

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan