Categories: Konsep & Kustom

Renard GT: Roadster Fiber Karbon

Sebagai peminat motosikal, kita mempunyai suatu penghargaan terhadap motosikal custom. Jenama keturunan Estonian, Renard, telah mereka cipta motosikal roadster khas ini, yang digelar Renard GT.

Renard asalnya merupakan sebuah pengeluar untuk motosikal yang mempunyai sesaran yang rendah sehingga perang dunia ke-2. Selepas kemusnahan kilang asal Renard oleh peperangan pada Mac 1944 , Renard diambil alih dan diberi peluang kedua oleh Andres Uibomae.

Renard GT ini mempunyai enjin V-kembar dari Moto Guzzi Griso, yang mempunyai sesaran sebanyak 1326 cc dan mampu mejana 123 hp dengan tork maksima sebanyak 134 Nm pada 5600 rpm. Enjin Renard GT ini mempunyai ekzos khas dengan penyenyap yang terdapat dibawah enjin tersebut. Tambahan pula, enjin ini dipasangi dalam rangka monocoque.

Related Post

Rangka itu walaupun besar dari segi dimensi, direka dengan penggunaan fiber karbon dan diperkuatkan dengan kevlar untuk memberi Renard GT ini kehandalan yang sempurna. Berat bersih Renard GT ini ialah 170 Kg dan ranka tersebut hanya 9 kg!

Hossack fork hadapan dipadankan dengan Öhlins damper yang juga telah membekalkan GT dengan TTX36 penyerap hentak yang dipasang di belakang. Kedua-dua roda GT yang bersaiz 17 inchi , dibuat daripada fiber karbon dan bahagian lain motosikal ini dilengkapi dengan aluminium untuk memberi lebih rintangan.

Dengan laju maksimum sekitar 250 km/h, Renard GT ini merupakan motosikal yang mampu diminati. Renard hanya akan membekalkan Renard GT ini kepada sesiapa yang mampu menanggung kos sebanyak 49,000 euro ( sekitar RM230,000). Selain itu, motosikal ini akan mengambil masa 4 hingga 5 bulan untuk siap dan disampaikan kepada pembeli.

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah