Categories: Konsep & Kustom

Bersedia untuk menikmati Curtiss dan Arch Bikes yang baru!

Quail Motorcycles Gathering di California merupakan acara yang semakin hangat dan popular antara para media serta peminat motosikal. Buat kali pertama, kami berpeluang untuk menyaksi keluaran motosikal baru dari Curtiss Motorcycles dan juga dari Arch Motorcycle.

Kedua-dua motosikal ini akan ditampilkan secara umum kepada orang ramai Sabtu ini.

Konsep untuk Arch Method 143 telah didedahkan di acara EICMA tahun lepas. Sejak pengenalaan konsep ini, syarikat baru yang berasas dari pelakon Keanu Reeves dan Gard Holinger, telah berhempas pulas untuk mereka cipta motosikal unik ini.

Segala butiran tentang Method 143 agak terhad buat sementara waktu, tetapi Arc Motorcyle telah pun mengesahkan bahawa mereka hanya akan mebuat 23 unit untuk modal ini. Enjin motosikal adalah S&S V-Kembar dengan sesaran 2343 cc dan casis ialah Monocell  dibuat daripada fiber karbon.

Related Post

Curtiss Motorcycles, yang sebelum ini dikenali sebagai Confederate, akan menampilkan versi motor elektrik mereka di acara The Quail Motorcycle Gathering.

Dikenali sebagai Hercules, motosikal dari Curtiss ini akan berdasarkan konsep Y-Block. Motosikal ini akan dilengkapi dengan teknologi Zero Motorcycles, iaitu enjin kembar baru yang mampu menghasilkan 175 hp!

Teruskan bersama kami untuk segala butiran tentang motosikal-motosikal baru ini dari Arch dan Curtiss Motorcycles di acara The Quail Motorcycle Gathering.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah