Litar Kecil Mungkin Jadi Faktor Kekalahan Khairi?

Md Khairi Ashraf dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team semakin cekal dalam hasrat untuk menjuarai kategori CP125.

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Pusingan ke-6 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix semakin hangat apabila perlumbaan kali ini kembali ke Teluk Intan selepas 4 tahun.

Khairi yang sebelum ini bergelut di kategori CP 150 kembali ke arena CP125 tahun ini dengan misi peribadi.

Related Post

Musim ini, Khairi telah menaiki podium sebanyak tiga kali dengan dua kemenangan dan telah kumpul sebanyak 88 mata secara keseluruhan.

Menurut Khairi, “ Litar Teluk Intan suatu litar yang agak sukar kerana litar tersebut agak kecil dan mempunyai selekoh u-turn. Pesaing utama saya dalam kategori ini adalah Syafiq Rosali, Syukran kerana mereka mempunyai lebih pengalaman berbanding dengan saya.”

“Bagi saya, litar teknikal memerlukan stamina dan fokus kerana kita tidak boleh melakukan kesilapan berbanding di litar yang lebih luas. Saya juga harus lebihkan usaha untuk berada di kelompok depan agar peluang untuk kedudukan tiga teratas adalah lebih baik.”

Muiz Aziz

Share
Published by
Muiz Aziz