Categories: Berita

Prototaip Aprilia RS660 baru dilihat sedang diuji atas trek.

Di acara motosikal EICMA Milan, pada awal bulan November, Aprilla telah mengejutkan peminat dengan sebuah konsep baru yang diberi nama RS660. Walaupun pengilang berasaskan Noale tidak memberi banyak maklumat tentang model ini, kebanyakan peminat menyeru Aprilia untuk membina sebuah versi pengeluaran bagi konsep ini dan jenama Itali ini nampaknya sanggup menerima tuntutan tersebut.

Beberapa motosikal pembangunan konsep ini telah disaksikan sedang diuji minggu lepas pada litar Itali, Vallelunga dan laman berita Itali, Moto.it adalah yang pertama untuk menerbitkan perkara ini dan mereka berkata terdapat dua versi berbeza pada gambar: versi lumba (dilihat diluar garaj) dan versi jalan raya (didalam garaj).

Gaya kedua-dua motosikal ini agak serupa dengan motosikal konsep RS660 yang terdapat pada EICMA dan beberapa sumber Itali berkata Aprilla akan mengguna pengalaman mereka dari projek RSV4, maksudnya, pakej elektronik yang dikenali sebagai aPRC mungkin akan digunakan pada versi pengeluaran RS660 apabila ia tiba ke pengedar Aprilia.

Related Post

Dan bilakah akan RS660 ini tiba?

Sejak konsep ini dipamerkan sebulan lepas dan Aprilia pun telah mula menguji RS660 untuk pembangunan pada litar perlumbaan, kami jangka versi pengeluaran ini akan dipamerkan pada tahun 2019, mungkin pada acara EICMA yang seterusnya.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah