Categories: Berita

Ducati Supermono jarang ini akan dilelongkan

Ducati Supermono | Sumber gambar: Moto Riders Universe

Jika anda mempunyai semangat untuk motosikal collectable dan juga seorang peminat Ducati, maka ini adalah satu peluang yang anda tidak boleh lepasi! Pelelong yang dihormati Benham akan melelong Ducati Supermono jarang pada majlis khas yang akan diadakan di Las Vegas pada 24 Januari depan.

Menurut Bonhams, Ducati Supermono ini tidak pernah diguna untuk berlumba dan masih dalam keadaan yang sempurna jadi pemilik seterusnya tidak akan menghadapi sebarang masalah jika dia ingin menunggang motosikalnya.

Bid permulaan untuk Supermono ini akan bermula pada 95,000 dolar Amerika, tetapi menurut beberapa sumber, keadaan motosikal amat sempurna dan amat jarang, nilai akhir Ducati istimewa ini akan lebih dari 100,000 dolar.

Related Post

Bagi sesiapa yang tidak tahu tentang motosikal Supermono, ia direka oleh guru reka Pierre Terblanche pada awal 90-an. Ducati hanya menghasilkan sebanyak 67 unit Supermono antara tahun 1993 dan 1995, dan enjin berasal dari Ducati 888 Corsa.

Ini bermakna Supermono mempunyai enjin 550 cc dengan 78 hp, tetapi kemudian diberi peningkatan pada sesaran hingga 572 cc dan juga peningkatan output kuasa ke 81 hp.

Jika anda berminat, layari laman web Bonhams dan dapatkan semua butiran mengenai Ducati Supermono yang jarang ini.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah