Categories: Berita

Revel menawar skuter elektrik yang boleh disewa

SYARIKAT MOTOR SKUTER AMERIKA REVEL BARU SAHAJA BERKEMBANG KE BROOKLYN DAN QUEENS DENGAN SISTEM PEMBAYARAN YANG DINAIK TARAF.

Sumber gambar: Bklyner

Syarikat Motor Scooter Revel akan mengembang perkhidmatannya dari Brooklyn ke Queens. Jika anda tidak tahu, perkhidmatan yang berpusat di Brooklyn menawar motosikal elektrik yang boleh disewa bagi penunggang yang ingin berulang-alik di bandar. 68 skuter elektrik telah dilancarkan di Brooklyn musim panas lalu sebagai ujian pilot syarikat, seperti dipetik dari StreetBlog NYC.

“Kami telah perhatikan moped kami menjadi penting dalam rutin penunggang motosikal serta integrasi landskap transit,” kata Paul Suhey, pengasas bersama Revel seperti dipetik dari StreetBlog NYC. “Mengembang hingga 1,000 moped di seluruh Brooklyn dan Queens akan membantu lebih banyak lagi penghuni New York memenuhi keperluan pengangkutan mereka.”

Sumber gambar: New York Post

Related Post

Menurut Suhey dan pengasas bersama Frank Reig, penunggang akan dihubungkan ke 20 kawasan kejiranan. Revel juga menyediakan ruang untuk penunggang yang lebih baru yang boleh mengambil penumpang. Ia datang dengan sistem pembayaran yang dinaik taraf. Penunggang perlu mendaftar lesen pemandu mereka untuk $ 19 dan kemudian membuka kunci motosikal terdekat untuk $ 1 (atau $ 2 jika dengan penumpang) dan kemudian 25 sen setiap seminit selepas itu.

Skuter Revel bukan motosikal-e yang berkuasa. Penunggang boleh menunggang seperti biasa kerana ia sah dari segi undang-undang dan mempunyai plat lesen. Jentera ini tidak akan melebihi 29 batu sejam.

Sumber gambar: Brooklyn Eagle

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah