Categories: Berita

First look KTM RC 8C 2023 – hanya 200 unit tersedia

KTM BARU BARU MELANCARKAN RC 8C 2023-NYA DENGAN PAKEJ ELEKTRONIK DAN ENJIN YANG DIPERBAIKI.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

KTM baru sahaja melancarkan RC 8C 2023 dengan kuasa enjin yang lebih tinggi, pakej elektronik yang dipertingkatkan dan berat jentera yang telah dikurangkan, termasuk ciri-ciri lain.

Model itu, yang mula diperkenalkan tahun lepas, didatangkan dengan penjana kuasa silinder kembar in-line daripada KTM 890 Duke R yang dinaik taraf. Ia mempunyai injap titanium dan nisbah mampatan yang lebih tinggi. Selain itu, enjinnya juga menggunakan omboh dua cincin untuk mengurangkan geseran, bukan seperti model biasa dengan omboh tiga cincin. Rod penyambung pada omboh juga diperbuat daripada titanium.

Kotak udara baharu itu dikatakan menyediakan campuran udara dan petrol yang lebih baik untuk tindak balas throttle yang lebih padu.

Petrol melalui badan throttle 48mm, manakala pam bahan api meningkatkan tekanan. Peningkatan ini menjana 135hp @ 11,000rpm dan 98Nm @ 8,250rpm.

Related Post

Jurutera KTM juga meningkatkan ketahanan enjin dengan meningkatkan kekuatan spring klac, menanggalkan pengimbang atas, melaraskan pengimbang dalam kotak aci engkol, dan menggunakan penyejuk minyak Pankl.

Rim depan dan belakang model adalah daripada Dymag. Rim depan dibalut dengan tayar dengan kelebaran 120mm, manakala saiz tayar belakang ialah 180mm. Bagaimanapun, saiz tayar belakang boleh dinaikkan kepada 200mm untuk perlumbaan.

Motosikal itu masih menggunakan ekzos titanium Akrapovic. Ia menampilkan sistem suspensi jenis fork WP Apex Pro 7543 dengan kartrij tertutup (depan), dan monoshock WP Apex 7746 (belakang).

RC 8C 2023 mempunyai berat kering hanya 142kg, dibangunkan dengan Motosikal Krämer dan boleh berlumba dalam siri Kejuaraan British GP2. KTM dilaporkan hanya mengeluarkan 200 model ini.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah