Categories: Berita

Bajaj Pulsar NS160 2022 dilancar dengan ciri-ciri baru

BAJAJ NS160 BARU KINI DIDATANGI DENGAN ENJIN SATU-SILINDER 164.82CC BARU YANG MENYAMPAIKAN 16HP DAN 14.65NM.

Pulsar NS160

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Jenama motosikal India, Bajaj telah lancar Pulsar NS160 generasi terbaru untuk pasaran negara baru-baru ini. Untuk tahun 2022, Pulsar NS160 telah dikemas kini dengan pelbagai peningkatan terkini.

Reka bentuk keseluruhan NS160 2022 kini lebih moden dan sporty seiras dengan model Pulsar N250 dan F250 yang diperkenalkan sebelum ini.

Selain itu, NS160 2022 turut dilengkapi lampu LED dengan DRL yang sama seperti N250.

Related Post

Menurut Bajaj, NS160 terbaharu itu turut hadir dengan enjin satu silinder baharu 164.82cc yang kini menawarkan 16hp dan 14.65Nm serta dipadankan dengan transmisi 5-kelajuan.

Antara ciri-ciri baharu lain yang turut diperkenalkan ialah paparan meter separa digital dan port pengecas USB.

Sementara itu, aspek brek juga kini telah dipertingkatkan dengan ABS dwi saluran menggantikan ABS saluran tunggal sebelum ini.

Bajaj Pulsar NS160 2022 ditawarkan pada harga INR1.27 juta (RM7.1k).

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah