Categories: Berita

KTM 250 Adventure dan 390 Adventure akan lancar di Malaysia!

KAMI BOLEH MENGESAHKAN KTM MALAYSIA AKHIRNYA AKAN LANCAR KTM 390 ADVENTURE DAN KTM 250 ADVENTURE TIDAK LAMA LAGI UNTUK PASARAN MALAYSIA.

Spy Shot | KTM 390 Adventure

Seperti spekulasi kami sebelum ini, KTM 390 Adventure dan KTM 250 Adventure akan dilancar di Malaysia!

Sejak April KTM Malaysia telah mengacah kami dengan pos teaser KTM 390 Adventure pada media sosial mereka dan akhirnya dengan laporan terkini mengesahkan KTM 390 Adventure bersama KTM 250 Adventure akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi.

Pada awalnya kami fikir hanya KTM 390 Adventure akan masuk Malaysia tetapi nampaknya KTM 250 Adventure juga akan sertai barisan ADV KTM Malaysia!

Selain daripada laporan, spy shot KTM 390 Adventure menjalani ujian jalan mengesahkan lagi tuntutan tersebut. Kami rasa pelancaran rasmi hampir tidak lama lagi.

SPESIFIKASI KTM 390 ADVENTURE

KTM 390 Adventure dikuasai oleh enjin silinder tunggal, 4-lejang, sejukkan cecair 373.2cc. Dipadankan dengan kotak gear 6-kelajuan, KTM 390 Adventure menjana 43.5 hp @9,500 rpm dan 35.3 Nm @7,000 rpm. Bagi rangka pula, 390 Adventure memaparkan rangka jenis trellis seperti KTM 450 Rally yang ringan, tangkas dan lincah.

Related Post

Cakera tunggal 390mm dan kaliper 4 piston radially mounted di depan dan cakera tunggal 230mm dua piston di belakang menguruskan kerja pengereman. Selain itu, KTM 390 Adventure hadir dengan Bosch 9.1 MP Two Channel Abs dengan Cornering-ABS dan mod off-road. Kerja suspensi dikendalikan oleh fork terbalik WP APEX 43mm di depan dan penyerap hentak WP APEX di belakang. Dari segi elektronik, KTM 390 Adventure memaparkan pelbagai eletronik canggih seperti papan pemuka warna TFT, sambungan Bluetooth, MTC (Motorcycle Traction Control) dan bantuan kawalan enjin dengan throttle ride-by-wire.

SPESIFIKASI  KTM 250 ADVENTURE

Kami masih tunggu untuk debut antarabangsa KTM 250 Adventure, pengeluar Austria belum memberi perincian rasmi untuk 250 Adventure. Manakala ini adalah beberapa perkara yang kami berjaya dapat dari spy shot terkini.

Bagi casis, KTM 250 Adventure mungkin hadir dengan casis, tangki minyak, fairing, fork depan, dan roda sama seperti 390 Adventure. Selain itu, 250 Adventure akan datang dengan lampu gen terakhir Duke halogen dan kluster instrumen TFT seperti 390. Sumber dari India mendakwa 250 akan mempunyai ABS boleh laras, manakala 250 Adventure tidak akan mempunyai kawalan traction dan throttle ride-by-wire.

Dalam kes enjin, KTM 250 Adventure akan dikuasai oleh enjin sama seperti 250 Duke. Dengan enjin silinder tunggal 249cc, dipadankan pada kotak gear 6-kelajuan. 250 Adventure pasti menjana 30 hp dan tork puncak 23.9 Nm (spekulasi).

HARGA KTM 390 ADVENTURE &  KTM 250 ADVENTURE – MALAYSIA

Untuk harga, masih tiada maklumat terkini buat sementara waktu. Namun spekulasi kami adalah KTM 390 Adventure di Malaysia akan mempunyai tanda harga sekitar MYR 30,000 – 35,000 dan MYR 20,000 – 25,000 untuk KTM 250 Adventure. Ingin tahu lebih? Jangan lupa untuk ikuti kami untuk mendapat perincian terkini!

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan