Categories: Berita

BMW Motorrad lancar G 310 RR baharu di India

BMW MOTORRAD G 310 RR VERSI STANDARD DIDATANGKAN DALAM SKIM CAT HITAM COSMIC MANAKALA MODEL SPORT TERSEDIA DALAM PUTIH POLAR DENGAN RACING RED DAN RACING BLUE.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Selepas berminggu-minggu pelbagai ‘teaser’ dikongsi, akhirnya BMW Motorrad India telah melancarkan BMW G 310 RR. Model ini tersedia dalam versi standard dan model gaya sukan.

Model motosikal sukan menyertai keluarga G 310, G 310 GS dan G 310 R sedia ada yang dibangunkan dengan kerjasama pengeluar motosikal India, TVS Motor Company.

Sama seperti kedua-dua model, G 310 RR turut menampilkan enjin TVS satu silinder 313cc yang menghasilkan 33.5hp pada 9,700rpm dan 27.3Nm @ 7,700rpm.

BMW G 310 RR juga mendapat rim aloi lima bilah 17 inci yang sama seperti G 310 R.

Related Post

Walaupun G 310 R dan G 310 GS menampilkan reka bentuk serba baharu, G 310 RR mengekalkan rupa dan reka bentuk yang sama seperti TVS Apache RR 310. Satu-satunya aspek yang membezakan G 310 RR dan Apache RR 310 ialah pilihan warna dan grafik.

Turut dibawa dari Apache RR 310 ialah paparan skrin TFT menegak yang turut menawarkan fungsi sambungan Bluetooth.

Selain itu, G 310 RR turut dilengkapi dengan empat mod tunggangan iaitu Track, Urban, Rain dan Sport.

Menurut BMW Motorrad India, BMW G 310 RR berharga INR285,000 (RM15.9k) untuk varian standard manakala varian Sport berharga INR299,000 (RM16.6k).

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah