MINGGU LEPAS KAMI DAPAT LIHAT BENELLI SRK600 NAKED BOCOR DAN MINGGU INI KAMI MEMPUNYAI MAKLUMAT MENGENAI VERSI FAIRING PENUH SRK, BENELLI 600RR!

Terdapat desas-desus dan kebocoran mengenai beberapa model Benelli baru-baru ini. Terima kasih kepada media Cina kami menemui beberapa gambar intip tentang Benelli SRK 600 Street Fighter lengkap minggu lepas. SRK600 adalah pengganti kepada motosikal naked Benelli TNT 600 yang telah lama berada dalam pasaran. Namun, minggu ini perkara menjadi lebih menarik dengan kebocoran sportbike 600RR. Seperti SRK600, 600RR dilihat dalam bentuk lengkap. Menurut gambar-gambar bocor, 600RR kelihatan sedia untuk dilancar tidak lama lagi. Ini adalah semua yang anda perlu tahu tentang 600RR!

MAKLUMAT BOCOR BENELLI 600RR

600RR

SRK600

Membandingkan kedua-dua kebocoran, SRK600 dan 600RR mempunyai beberapa ciri-ciri sama. Untuk bermula, kebanyakan mekanik dari rangka trellis hingga enjin, suspensi dan brek kelihatan seiras pada kedua-dua model ini. Tambahan pula, mereka mempunyai instrumen kluster warna TFT sama. Bahagian belakang motosikal mempunyai ekzos dipasang sisi. Manakala, bagi kerja badan, 600RR mempunyai fairing jenis sportbike dengan hendal yang lebih rendah. Jadi kita boleh jangka 600RR adalah versi fairing penuh SRK600.

Memandangkan kedua-dua model ini mempunyai elektronik sama kami boleh jangka untuk lihat beberapa mod tunggang, kawalan traction multi-stage, ABS dan penghidup tanpa kunci.

Related Post

Bagi enjin, seperti SRK600, kita boleh mengesahkan motosikal ini akan keluar dengan enjin empat-lejang 600cc. Ini bermakna kami boleh jangka transmisi enam-kelajuan dan 600RR boleh menolak sekitar 80hp dan tork 50Nm.

Tambahan pula, untuk suspensi, 600RR mempunyai fork depan teleskopik dan mono-shock di belakang seperti SRK. Untuk brek, walaupun ia tidak boleh dilihat dengan jelas, kami jangka Brembo akan mengurus pengreman dengan monoblock kaliper M4 seperti SRK600.

Walaupun maklumat penuh agak terhad setakat ini, kami akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapat maklumat lanjut mengenai motosikal-motosikal ini untuk memastikan pembaca kami sentiasa mendapat info terkini.

PELANCARAN

Melihat kedua-dua motosikal ini dalam bentuk lengkap, kami yakin Benelli akan memperkenalkan 600RR dengan SRK600 dan apa sahaja model lain yang mereka kerjakan semasa ECIMA 2020. Walau bagaimanapun, kita harus melihat keseluruhan keadaan COVID-19 dulu.

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah