PUSINGAN PERTAMA AKAN BERLANGSUNG HARI JUMAAT INI!

Andrea Saveri | Sumber gambar: Ducati

Andrea Saveri dan pasukan Ducati Corse eSport sudah siap untuk kembali beraksi pada hari Jumaat ini, 10 Julai 2020. Pelumba ini akan menuju ke pusingan pertama Kejuaraan eSport MotoGP 2020.

Pemain berusia 19 tahun dari Borgo Panigale lebih dikenali dengan nama panggilannya “AndrewZh”. Dia berhasrat untuk mengekalkan gelarannya dari tahun lalu dengan kemenangan di pusingan akhir Valencia. Dia juga berhasrat untuk berjaya dalam Virtual Desmosedici GP dalam dua perlumbaan untuk pusingan pertama. Tahun ini 11 pemain kejuaraan akan bersaing dalam permainan video MotoGP 20 dalam empat pusingan yang masing-masing terdiri daripada dua perlumbaan.

Related Post

Acara pertama hari Jumaat akan menyaksikan para pelumba bersaing di litar ikonik Mugello untuk Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2 akan berlangsung di Circuito de Jerez-Angel Nieto. Mata akan diberikan mengikut sistem yang sama yang dig[tps_header][/tps_header]unakan dalam Kejuaraan Dunia MotoGP, dengan 25 mata untuk pemenang.

Dua perlumbaan pertama akan diadakan atas talian. Mereka akan disiarkan secara langsung di laman web MotoGP dan MotoGP eSport. Ia tersedia di saluran YouTube masing-masing dan laman Twitter, Instagram, Facebook, Twitch. Ini juga merangkumi penyiar televisyen terpilih.

ANDREA SAVERI AKA ANDREWZH (DUCATI CORSE ESPORT)

“Agak aneh apabila memulakan kejuaraan dengan bermain dalam dua perlumbaan pertama dari rumah. Malangnya pada masa ini, ia adalah satu-satunya jalan keluar. Tahun ini tahapnya sangat tinggi, tetapi setiap musim mempunyai cabarannya. Saya akan berusaha memberikan yang terbaik dan memperoleh mata sebanyak mungkin dalam dua perlumbaan pertama untuk saya dan Ducati!”

Sumber: DUCATI

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan