Wildcard Grand Prix Ditingkatkan Dari 2 ke 3 Untuk Musim 2024

Suruhanjaya Grand Prix baru-baru ini mengadakan perjumpaan dan mengumumkan beberapa perkara baru untuk musim 2024.

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Suruhanjaya Grand Prix, yang terdiri daripada Carmelo Ezpeleta (Dorna, Pengerusi), Jorge Viegas (FIM), Herve Poncharal (IRTA), dan Biense Bierma (MSMA), dengan bantuan Carlos Ezpeleta (Dorna), Mike Trimby (IRTA, Setiausaha mesyuarat), dan Corrado Cecchinelli (Pengarah Teknologi), dalam mesyuarat yang diadakan di Misano pada 08 September 2023, membuat keputusan berikut.

Permohonan WildCard Kategori Moto3 dan Moto2 telah diubah kepada 90 hari bagi acara di luar Eropah. Manakala bagi acara di Eropah, tempoh kelulusan tidak berubah iaitu 45 hari sebelum acara.

Related Post

Selain itu bilangan penyertaan wildcard kategori MotoGP telah dinaikkan dari dua kepada tiga. Pada masa kini, jika terdapat lebih banyak permohonan daripada tempat yang tersedia, keputusan akan dibuat oleh Suruhanjaya Grand Prix.

Pada 2024, keputusan akan dibuat mengikut protokol baru yang mengambil kira bilangan wild card yang telah diberikan kepada kilang.

Dalam situasi di mana pemohon telah diberikan bilangan penyertaan wild card yang sama, maka keputusan akan berdasarkan ranking semasa dan awal musim serta ranking musim sebelumnya dalam “Constructor Championship” sekaligus pelumba yang menduduki kedudukan lebih rendah akan diberi keutamaan.

Muiz Aziz

Share
Published by
Muiz Aziz