Leslie Harris Penunggang Motosikal Paling Tua di Dunia

Lelaki New Zealand menjadi penunggang motosikal yang paling tua di dunia pada usia 97 tahun.

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Seorang lelaki New Zealand bernama Leslie Harris menyertai perlumbaan motosikal hanya tiga minggu sebelum ulang tahun ke-98.

Beliau diiktiraf sebagai penunggang motosikal paling tua dalam perlumbaan kompetitif oleh Guinness World Records.

Pertubuhan yang mengawasi rekod ini mengumumkan bahawa Leslie Harris, telah bersaing pada awal tahun ini dalam Pesta Motosikal Klasik ke-43 Pukekohe di Auckland.

Harris bersama-sama dengan anak lelakinya yang sulung, Rod, 64 tahun, dan cucunya, Olivia, 21 tahun, turut serta dalam perlumbaan tersebut.

Related Post

Mereka bertiga menyertai perlumbaan Regularity, di mana peserta perlu mencapai masa pusingan yang paling konsisten.

Harris sebelum ini meraih tempat teratas dalam perlumbaan pada tahun 2019, ketika beliau berusia 93 tahun, tetapi beliau tidak dapat bersaing lagi sehingga tahun ini disebabkan kecederaan dan pembatalan perlumbaan akibat pandemik COVID-19.

Harris menduduki tempat keempat dalam perlumbaan tahun ini. Rod menduduki tempat kedelapan dan Olivia menduduki tempat ke-21.

Harris berharap mampu bersaing dalam lebih banyak acara tahun ini dan akan kembali untuk Festival Motosikal Klasik Pukekohe tahun depan.

Muiz Aziz

Share
Published by
Muiz Aziz