Categories: Sukan Motor

Pemandu yang melanggar Nicky Hayden bebas.

Pemandu yang melanggar Nicky Hayden dan menyebabkan kematian beliau semasa beliau sedang menunggang basikalnya hanya diberi hukuman penjara selama setahun oleh mahkamah di Remini, Itali, semalam.

Akan tetapi hukuman tersebut ditarik balik. Pemandu tersebut dibebaskan hanya dengan lesen memandunya digantung dan dikehendaki membayar kesemua kos prosiding jenayahnya.

Peguam bagi pihak Nicky Hayden menyusulkan agar hukumnya dilanjutkan selama satu tahun tiga bulan tetapi peguam belanya menentang usul tersebut dengan megemukakan bukti dari rakaman kamera sekuriti. Rakaman tersebut menunjukkan bahawa Nicky Hayden tidak mematuhi tanda berhenti ketika memasuki jalan utama di Rimini.

Related Post

Peguam Nicky Hayden turut menambah bahawa pemandu tersebut boleh pun mengelakkan kejadian tersebut jika dia memandu keretanya pada had laju yang ditetapkan di jalan utama Rimini iaitu 50 km/h. Namun, pemandu tersebut melebihi had kelajuan dengan memandu keretanya pada 70 km/h dan tidak berjaya untuk mengelak daripada melanggar Nicky Hayden.

Pihak polis melaporkan bahawa pemandu itu hanya mempunyai kesalahan sebanyak 30% dalam kemalangan tersebut. Hakim untuk kes ini mengambil laporan itu dalam kesedaran sebagai justifikasi untuk menarik balik hukuman yang diberi.

Keluarga Hayden masih lagi berjuang untuk keadilan. Mereka juga telah menyusulkan pampasan sebanyak 6 juta euro daripada pemandu yang terlibat tetapi kes ini akan berterusan sehingga pihak mahkamah membuat sebarang keputusan.

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah