Categories: BeritaSukan Motor

GP Australia batal , GP Algarve ditambah dan GP Malaysia dibawa ke depan

DENGAN KOMPLIKASI DARI SEGI PERJALANAN DAN SEKATAN LOGISTIK AKIBAT PANDEMIK COVID-19 YANG BERTERUSAN, GP AUSTRALIA DIBATALKAN DAN TIDAK AKAN DISERTAKAN DALAM KALENDER MOTOGP 2021.

Sumber: sporttravelworld

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

FIM, IRTA dan Dorna Sports menyesal untuk memaklumkan pembatalan Grand Prix Red Bull Australian Motorcycle. Pandemik covid-19 yang berterusan dan komplikasi perjalanan dan sekatan logistik bermakna ia tidak mungkin untuk mengesahkan acara ini dan oleh itu tidak akan disertakan dalam kalender 2021. Kejuaraan Dunia FIM MotoGP™ akan kembali ke aksi di depan para peminat Australia di litar Gran Prix Philip Island pada 2022. 

Related Post

Dengan itu, Grand Prix Motosikal Malaysia 2021 telah dibawa ke depan dan akan berlangsung seminggu lebih awal daripada yang dijadualkan, dari 22 hingga 24 Oktober – hujung minggu sejurus selepas Grand Prix Thailand yang dijadualkan semula.

Sebagai tambahan, FIM, IRTA dan Dorna Sports turut mengesahkan penambahan Grande Premio do Algarve ke kalendar Kejuaraan Dunia FIM MotoGP™ 2021. MotoGP ™ akan kembali ke Portimão dari 5 hingga 7 November, seminggu sebelum Gran Premio Motul de la Comunitat Valenciana.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah