Categories: Berita

JPJ mengumumkan product recall untuk Honda CB250R, Yamaha YZF-R25 dan MT-25

JPJ TELAH MENYERU UNTUK PRODUCT RECALL YAMAHA YZF-R25, MT-25 DAN HONDA CB250R. TURUT KE PUSAT PERKHIDMATAN RASMI BERHAMPIRAN ANDA UNTUK PENGGANTIAN.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah mengumumkan ‘product recall’ beberapa motosikal 250cc.

Berdasarkan catatan terbarunya di media sosial, JPJ mengeluarkan ‘product recall’ untuk motosikal Yamaha YZF-R25, MT-25 dan Honda CB250R.

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah pun mengeluarkan notis recall untuk kedua-dua model Yamaha itu Mei lalu. Bagaimanapun, disebabkan maklumat tidak dikemas kini, terdapat kesukaran untuk menghubungi pemilik. Oleh itu, JPJ terpaksa mengeluarkan notis siri kedua.

Notis siri kedua ini turut menyaksikan Boon Siew Honda (BSH) mengeluarkan notis ‘product recall’ melibatkan Honda CBF250NAP. Nama model merujuk kepada CB250R.

Related Post

Menurut Boon Siew Honda, recall ini adalah untuk menggantikan penutup ‘crankcase’ sebelah kanan akibat kerosakan ‘cone plug’ yang boleh menyebabkan kebocoran. Recall ini melibatkan CB250R yang dikeluarkan antara 22 Julai 2022 dan 3 Ogos 2022, dengan nombor casis daripada MLHMC5293P5100007 hingga MLHMC5295P5100008.

Pemilik yang terjejas boleh menghubungi pusat servis rasmi untuk penggantian. Boon Siew Honda telah mengumumkan bahawa ia akan menanggung sepenuhnya kos penggantian.

Dalam pada itu, JPJ turut menggesa pemilik supaya lebih bertanggungjawab dengan mengemas kini maklumat peribadi mereka di pusat khidmat rasmi berhubung pertukaran pemilikan.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah