Categories: Berita

QJMotor memasuki segmen 600cc dengan SRK600RR serba baharu

SRK600RR BARU OLEH QJMOTOR MENAMPILKAN ENJIN 4-SBARIS, 16-INJAP DOHC 600CC DENGAN SISTEM PENYEJUKKAN CECAIR.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Walaupun segmen 600cc semakin kurang popular kerana peraturan pelepasan global yang ketat, ini tidak mematahkan harapan dan rancangan pengeluar China, QJMotor dalam memperkenalkan SRK600RR.

Walaupun Yamaha telah pun menghentikan pengeluaran YZF-R6 (kecuali trek perlumbaan) dan Honda kini hanya menjual CBR600RR di pasaran terpilih, QJMotor mengambil langkah berani dengan SRK600RR.

Model ini menempatkan enjin 600cc DOHC 16-injap 4-baris dengan sistem penyejukan cecair (sama seperti SRK600). Enjin ini mampu menjana 81hp pada 11,000rpm dan 51Nm. Walaupun angka itu tidak setinggi R6 dan CBR600RR, model baharu itu sedikit sebanyak memastikan kelangsungan segmen supersport 600cc.

Related Post

Menariknya, SRK600RR ini turut didatangkan dengan sistem IMU yang merupakan yang pertama untuk jentera QJMotor. Model ini juga beroperasi dengan sistem Kawalan Kestabilan Motosikal Bosch (MSC). Sistem ini termasuk ABS dwi-saluran yang mengawal cakera brek depan 320mm (kembar) dan cakera brek 260mm (tunggal) belakang.

Pakej suspensi termasuk fork USD dari Kayaba (KYB) dengan ‘monoshock’ di bahagian belakang. Ciri lain yang ditawarkan termasuk lampu LED penuh dan tangki 16.4L.

Walaupun ciri-ciri QJMotor SRK600RR ini hanya berada pada tahap sederhana skala, apa yang boleh dijanjikan oleh model baharu ini ialah harga yang lebih berpatutan. Ini khas untuk mereka yang ingin menunggang jentera ‘supersport’ sebelum bertukar kepada motosikal 1000cc.

Kita boleh menjangkakan model ini juga akan dipasarkan di Malaysia bersama-sama dengan SRK600.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah