Sumber gambar: Electric Motorcycle News

Kehadiran motosikal elektrik dalam pasaran dunia semakin meningkat dan jika anda ingat itu satu khabar angin, maka berita dari Jepun terutamanya dari The Japan News and Electrek, membuktikan bahawa perubahan tersebut sedang diambil dengan serius oleh beberapa nama besar dalam dunia motosikal.

Menurut beberapa laporan yang diterbitkan oleh The Japan News and Electrek, terdapat konsortium baru yang berusaha untuk mempelajari, membangun dan melaksanakan satu standard dunia baru untuk motosikal elektrik.

Konsortium ini dipelopori oleh nama terbesar Jepun yang dikenali sebagai “Big Four” iaitu Honda, Yamaha, Suzuki dan Kawasaki. Baru-baru ini, empat pengeluar ini bersetuju untuk bekerjasama dan berusaha untuk menghomogen (homogenised) bateri, proses mengecas dan benda lain supaya terdapat keupayaan untuk menggandingkan satu sistem dengan satu sistem yang lain antara jenama dan mengurangkan kekeliruan dalam pasaran.

Lebih kurang separuh jualan motosikal tahun lepas di seluruh dunia adalah dari Big Four maka ini adalah satu berita yang baik untuk semua penunggang motosikal yang berharap motosikal elektrik untuk mendapatkan penembusan yang lebih besar di pasaran dunia.

Related Post

Sudah tentu, penciptaan konsortium Jepun untuk motosikal elektrik tidak berlaku tanpa sebarang penjelasan.

Contohnya, Honda baru-baru ini telah mengeluarkan motosikal motocross elektrik mereka, CR Electric Prototype, dan jenama ini juga terlibat dengan pembangunan superbike elektrik Mugen yang digunakan di perlumbaan TT Zero di Isle of Man.

Yamaha juga turut dalam pembangunan motosikal elektrik. Kilang Iwata telah mendedahkan model-model elektrik mereka untuk kegunaan jalan raya, off-road dan projek terkini mereka adalah motosikal EV yang terbukti berjaya di peringkat dunia dengan memenangi kejuaraan Trials elektrik pertama mereka.

Kami tidak tahu apa yang sedang dilakukan oleh Suzuki atau Kawasaki dari segi motosikal EV, tetapi kami pasti jenama ini juga membangunkan konsep tersendiri mereka.

Ia masih awal untuk menentu jika konsortium Jepun ini berjaya, tetapi oleh kerana Big Four yang memutuskan untuk mencipta konsortium ini dan bekerjasama dengan satu sama lain, kami jangka kami akan lihat beberapa hasil kerja mereka tidak lama lagi. Adakah mana-mana pengeluar Eropah seperti BMW Motorrrad, Ducati, KTM atau mana-mana pihak yang akan menyertai konsortium ini ataupun membuat keputusan untuk mengambil jalan sendiri?

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan