Categories: Berita

Norton memberi perkembangan pada jenama baru mereka, Atlas Nomad dan Ranger

Ia bukan satu kejutan kepada sesiapa bahawa pengilang motosikal British bersejarah, Norton, akan mendedahkan model mod-sized baru mereka bagi penunggang biasa untuk memiliki salah satu motosikal premium. Akhirnya, Atlas didedahkan oleh Norton dengan Stuart Garner mengetuainya.

Atlast 650 boleh dibahagikan kepada dua varian : Nomad dan Ranger.

Berkongsi komponen yang sama seperti rangka keluli tuib, swingarm aluminium dan spoke wheels. Kedua-dua varian ini juga mempunyai enjin silinder kembar selari yang mampu menjana output kuasa maksima sebanyak 85 hp. Enjin ini berasal dari unit V4 RR maka ia mampu menaikan rev dengan lancar serta memberi keseronokan yang banyak kepada penunggang.

Walaupun Atlas masih berpegang pada gaya scrambler, motosikal Nomad mendapat roda 18” depan manakala Ranger pula mendapat roda yang lebih besar dengan 19” untuk tunggangan off-road dan suspensi long travel untuk menyerap benjol jalan yang lebih besar.

Related Post

Untuk Norton, ketibaan Atlas 650 bermaksud mereka boleh menjual motosikal mereka kepada penunggang biasa dan bukan yang kaya raya sahaja seperti keadaan yang telah berlaku bagi superbike V4 RR. Model kesemua ini bertujuan untuk dijual pada harga yang rendah (belum disahkan lagi), dan bermaksud pengilang motosikal British ini akan dapat lihat lebih banyak motosikal mereka di jalan raya.

 

 

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah