Categories: Berita

KTM menjual sepasang RC16 2019 MotoGP untuk $338,700 setiap satu!

KTM MOTORSPORTS SEDANG MENJUAL DUA MOTOSIKAL LUMBA RC16 DENGAN TANDA HARGA US$ 339,700/ MYR 1,429,534 SETIAP SATU TIDAK TERMASUK CUKAI!

KTM sedang menjual dua KTM RC16 sedia lumba dari 2019 sebagai satu pakej MotoGP ultra- eklusif. Motosikal-motosikal lumba yang dijual ini menanda satu langkah penting dalam perjalanan GP KTM. Pada 2019, Pol Espargaro mengguna jentera sama untuk mendapat permulaan barisan depan di litar Misano World Circuit Marco Simoncelli. Tambahan pula, dia mencatat lapan kedudukan kesepuluh teratas dan 100 mata FIM World Championship dengan jentera sama dalam salah satu musim MotoGP paling hebat KTM.

Bagi harga, satu jentera KTM RC16 adalah €288,000 / US$ 338,700 / MYR 1,429,534 (tidak termasuk cukai). Selain daripada motosikal, pemilik baru RC16 akan dapat nikmati beberapa faedah.

FAEDAH TAMBAHAN:

– Satu set lumba penuh Pol Espargaro.

Related Post

– Topi keledar lumba Espargaro ditandatangani.

– VIP MotoGP Event Pack untuk mana-mana acara 2021*. Pengalaman ini termasuk; tour disebalik tabir; bertemu dan menyambut (meet-and-greet) pelumba-pelumba MotoGP dan set penuh pasukan Red Bull KTM Factory Racing.

– Akses hujung minggu ke unit Red Bull Energy Station dengan pilihan makanan dan minuman yang lengkap.

Ia adalah perjanjian yang mahal tetapi kami memahami matlamat KTM untuk memenuhi sesuatu yang unik untuk para pengumpul. Berminat? Pertanyaan yang serius boleh diarahkan ke KTM melalui e-mel (rc16@ktm.com). Juga ambil perhatian; KTM berhak menyusun senarai pembeli dan membuat keputusan muktamad mengenai destinasi kedua-dua jentera lumba itu.

Sumber: KTM

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah