Categories: Sukan Motor

Suzuki GSX-R1000 diguna untuk perlumbaan off-road dan berjaya!

 

sumber gambar : Facebook Ricardo Domingos “Arrepiado”Ia bukan sesuatu yang aneh untuk melihat seseorang menaik taraf superbike mereka untuk menjadikannya lebih pantas di litar perlumbaan dan kami juga pernah lihat beberapa penunggang yang mengubahsuai superbike mereka bagi membuat perjalanan di seluruh dunia. Kadang-kala kami mendapat berita apabila seseorang melakukan sesuatu yang benar-benar gila!

Kali ini, Portugis daredevil dan penunggang akrobat Ricardo Domingos “Arrepiado” yang menjadi tajuk utama pada hujung minggu, ketika dia memutuskan untuk memasuki perlumbaan Baja Portalegre 500 yang terkenal dengan Suzuki GSX-R1000 yang telah diubah suai.

Ricardo dikenali sebagai pelumba aksi dan telah pun mengubahsuai GSXR1000 dia dengan menambah kit turbo kepada enjin 4-sebaris untuk digunakan pada pertunjukan aksinya tetapi hujung minggu yang lepas dia berjaya melakukan apa yang ramai gelar sebagai mustahil dan berlumba off-road dengan GSX-R1000.

Related Post

Motosikal ini berada dalam keadaan stock, dan pasukannya hanya menukar suspensi untuk tugas off road, kaca cermin depan diubah kepada cermin yang lebih kecil dan clip-ons biasa yang kita lihat pada superbikes diubah untuk membolehkan Ricardo mengawal motosikal semasa menunggang sambil berdiri pada pasak kaki. Sudah tentu tayar juga berbeza daripada versi jalan raya, dengan pasukannya memilih untuk menggunakan tayar off-road untuk cengkaman yang lebih baik.

Dia dan Suzuki GSX-R1000 memasuki kelas Hobby dan telah mengagumi ramai peminat serta pesaingnya apabila dia berjaya untuk menamatkan perlumbaan dalam 3j23s dengan kelajuan purata 61-62km/h! Itulah masa Ricardo “Arrepiado” perlukan untuk melengkapkan kelas 221 km-nya di Baja Portalegre 500, yang diadakan di Alentejo, Portugal.

Sumber gambar : Facebook Ricardo Domingos “Arrepiado”

Walaupun dia menamatkan perlumbaan ini pada kedudukan ke-24 daripada 70 pesaing, mengejutkan semua yang melihatnya memandu dengan laju di lumpur, menyeberangi air seolah-olah dia sedang menunggang motosikal scrambler, dan bukan semua berjalan lancar. Apabila dia berada 50 km dari hujung Baja, penyerap hentak belakang GSX-R1000 tidak dapat mengendali tekanan berterusan, dan menyerah padanya, jadi Ricardo terpaksa merendahkan kelajuannya untuk menyeberangi garisan penamat.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan