Categories: Sukan Motor

MotoGP – Ketua KTM menyerang Honda!

Stefan Pierer | Sumber gambar: KTM Blog

Apa yang pada mulanya nampak seperti keadaan biasa antara KTM dan Honda, atas Dani Pedrosa berpindah ke pengilang Austria di MotoGP, bertukar menjadi satu masalah sengit, dengan Ketua Pegawai Eksekutif KTM, Stefan Pierer menuduh Honda berfikiran kecil.

Honda tidak memperbaharui kontrak Dani Pedrosa dengan pasukan factory Honda pada hujung musim lepas dan pelumba Sepanyol ini memutuskan untuk bersara dari aksi perlumbaan dan menyertai KTM sebagai pelumba pembangunan mereka.

Walaupun Honda membiarkan Pedrosa menguji KTM RC16 lebih awal dari yang dijangkakan, Stefan Pierer memastikan untuk meluahkan pendapat mengenai apa yang dia anggap sebagai sikap buruk dari Honda.

Related Post

“Bukan seperti orang Jepun, di KTM kita memahami maksud keluarga. Kami tahu bagaimana untuk menyokong penunggang kami, dalam situasi yang baik dan buruk, dan walaupun penunggang itu cedera, kami sentiasa berada di sisinya. Dani Pedrosa dibuang segera walaupun dia bersama pasukan itu selama 14 tahun. Dia adalah duta jenama yang hebat! Apa yang mereka lakukan dengan wang, di KTM kami cuba melakukannya sebagai keluarga!”, Kata Stefan Pierer.

Walaupun Dani Pedrosa tidak mencapai prestasi tertingginya, dia merupakan salah satu pelumba MotoGP terbaik dan ia adalah sesuatu yang mengejutkan peminat serta paddock MotoGP yang Honda ataupun Honda Racing corporation tidak menjamin pengalamannya selepas mereka membuat keputusan untuk mengeluarkannya sebagai pelumba pasukan Repsol Honda.

Adakah Honda akan menjawab kata-kata ini dari Ketua KTM Stefan Pierer?

Kami hanya boleh tunggu tetapi satu perkara yang pasti: Hubungan antara Honda dan KTM bukanlah yang terbaik pada masa ini.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah