Categories: Berita

Hero MotoCorp memperkenalkan perkhidmatan penghantaran motosikal

YA BETUL- MOTOSIKAL DIHANTAR KE PINTU DEPAN!

Hero MotoCorp | Sumber gambar: DNA India

Jika anda terlepas, Hero MotoCorp baru mula perkhidmatan penghantaran motosikal. Hero MotoCorp adalah penjual motosikal utama India dan mereka menjual satu daripada dua motosikal yang dijual di negara ini.

Para pembeli perlu membayar ₹349 untuk menempah penghantaran motosikal pilihan mereka ke rumah. Selepas itu, mereka boleh terus untuk membuat persediaan melalui laman web Hero. Firma ini kini hanya menawar perkhidmatan ini di tiga bandar sahaja iaitu Mumbai, Bengaluru dan Noida. Namun, firma ini berancang untuk mengembang ke 25 bandar lagi dalam beberapa bulan yang akan datang, seperti yang dipetik dari Adventure Rider. 

Related Post

Hero MotorCorp

“Kami sentiasa melabur dalam proses pembangunan inovatif dan model perniagaan untuk memastikan pelanggan kami mendapat perkhidmatan terbaik. Inisiatif baru kami akan meningkatkan tahap untuk pengalaman pelanggan dalam kategori dua roda,”kata Sanjay Bhan, Ketua Jualan MotoCorp, Aftersales & Parts Business.

“Belia hari ini semakin mencari perkhidmatan bernilai dalam setiap pembelian yang mereka buat. Oleh itu, kebanyakan jenama perlu meningkatkan pemikiran strategik mereka untuk terus mendahului lengkung dalam persekitaran pasaran yang pesat berkembang.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah