Categories: Berita

Triumph Trident akan didedahkan pada 30 Oktober 2020!

TRIUMPH MOTORCYCLES SEDIA UNTUK MENDEDAHKAN TRIUMPH TRIDENT BARU SECARA ANTARABANGSA PADA HUJUNG BULAN INI 30 OKTOBER! SEPERTI YANG DIUMUMKAN AWAL LAGI, TRIDENT AKAN TIBA TAHUN DEPAN, 2021.

Pada 60-an dan 70an, Triumph Trident merupakan salah satu roadster paling canggih yang pernah dihasilkan oleh Triumph Engineering dan BSA untuk beberapa tahun.

Mengikuti prototaip reka bentuk, Trident dilihat menjalani ujian menyeluruh dalam bentuk hampir siap beberapa minggu yang lalu. Menurut pengumuman terbaru dari Triumph, Trident sudah siap dan mereka secara rasmi akan melancarkan streetfighter serba baru pada 30 Oktober 2020.

Related Post

SPESIFIKASI

Walaupun Triumph belum mendedahkan sebarang spesifikasi, ini adalah beberapa perkara yang kami tahu mengenai Streetfighter yang akan datang. Triumph Trident akan dikuasai oleh enjin tiga silinder 660cc yang disumberkan dari Street Triple S. Dipadankan pada kotak gear 6-kelajuan, Trident baru ini akan menjana 95 hp dan tork puncak 66 Nm (spekulasi). Selain itu, Trident akan mempunyai komponen suspensi dan break serta pakej elektronik sama yang ditawarkan pada Street Triple.

Sumber: Yahoo

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah