Categories: BeritaKonsep & Kustom

BMW R850R mendapat sentuhan gaya Perancis dengan bantuan dari SLCDR

BMW R850R SLCDR | Sumber gambar: Pipe burn

BMW R850R adalah salah satu rekaan agung dengan gaya kawasan luar bandar perancis oleh Sur Les Chapeaux De Roues.

Manuel Jouan seorang mekanik yang telah meluangkan masa serta wangnya dalam proses membaik pulih bengkelnya dengan alat dan jentera terkini supaya proses pembinaan dapat dilakukan secara in-house. Motosikal itu, yang merupakan sebuah R850R 1996, telah dibeli baru oleh pemiliknya, masih dalam keadaan yang baik dan dalam spesifikasi factory sepenuhnya dan hanya mengumpul 32000km.

Manuel mempunyai pelbagai idea untuk mengubahsuai jentera ini dan hasilnya ialah sebuah Boxer yang telah dilahirkan semula di SLCDR dengan matlamat untuk memberi jentera ini gaya yang seiras dengan fungsinya. Manuel mengeluarkan 3 roda spoke dan menggantikan roda tersebut dengan roda spoke GS yang dibalut dengan getah Avon. Dia juga mengeluarkan tempat duduk, tempat belakang plastik serta aksesori menutupi rangka.

“Segera dia tahu apa yang perlu dilakukan, hujung depan spindly memerlukan beberapa perubahan,” kata Manuel.

Related Post

Dia memasukkan penyejuk minyak enjin ke dalam struktur untuk memberi kesan grille dan memasang lampu depan ke dalam reka bentuk supaya seluruh motosikal bergerak sebagai satu unit dengan suspensi. Bahagian depan kemudian siap dengan pelindung depan buatan tangan.

Motosikal itu diubah dengan bahagian luar yang lebih canggih, dengan kerusi jenis upholsteri dan lampu LED bersepadu. Elektronik di bawah kerusi itu disembunyikan dengan sempurna di belakang penutup aluminium dan keluli lattice.

Motosikal ini mempunyai enjin empat injap 850cc yang mampu menjana kuasa dan tork yang cukup. Airbox dikeluarkan untuk mengurangkan berat dan sepasang penapis BMC dipasang.

Kerja cat motosikal itu dibahagikan antara Manuel dan kawannya dan pelukis Daud. Grafik dan logo motosikal itu ditangani dengan terperinci dan butir-butir pada motosikal menonjol untuk menandingi kualiti keseluruhan gaya motosikal.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan