Categories: BeritaKonsep & Kustom

Tarso Marques’ TMC Dumont mengaum dengan enjin kapal terbang Rolls-Royce Continental

Motosikal yang dikuasai oleh enjin kapal terbang? Itu adalah pertama bagi kami. Potensi  khusus kepada motosikal kustom tidak mempunyai batasan dan kami juga kagum seperti anda. Bekas pelumba Formula 1 dan pembina kenderaan kustom Tarso Marques telah menampilkan ciptaannya yang adalah satu crossover dan kami pastinya tidak boleh lebih kagum daripada ini.

TMC Dumont menyerupai Batmobile dari segala aspek yang anda boleh fikirkan. Mesin luar biasa ini mempunyai enjin kapal terbang Rolls-Royce yang mampu menghasilkan sebanyak 300 hp. Sistem penggerak (propulsion) adalah pilihan yang unik untuk Marques dengan tujuan untuk membuat bunyi yang lebih kuat dan mendalam.

“Saya mahukan sebuah motosikal konsep yang berlainan, satu yang orang tidak boleh bayangkan,” kata Marques. “Ia juga perlu berfungsi 100 peratus dan penuh dengan penyelesaian kejuruteraan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini”.

Related Post

“TMC Dumont berhak dilengkapi dengan sesuatu unik serta berkuasa dan dengan gaya dan bunyi yang hebat. Enjin biasa adalah satu yang amat membosankan”.

Motosikal ini mempunyai roda 36 inchi yang memberinya gaya agresif. Projek ini sudah pasti mengambil masa panjang sejak Marques telah menulis idea luar biasanya.

“Saya mengimpikan motosikal itu lebih daripada 15 tahun tetapi tidak dapat memperoleh enjin yang saya mahukan.” Pembinaan tersebut kemudian berlangsung selama kira-kira tujuh bulan. “Setiap bahagian adalah satu cabaran, tetapi saya tahu bahawa konsep ini akan berfungsi dengan sempurna,”

Namun begitu, Marques tidak mempunyai rancangan untuk menjual TMC Dumont pada masa ini, tetapi tidak ada keraguan lagi bahawa mesin ini berada pada atas carta untuk motosikal kustom.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan