Categories: BeritaSukan Motor

Jules Cluzel merangkul kemenangan kedua WorldSSP di Donington Park

JULES CLUZEL TELAH MEMBAWA PASUKAN GMT94 YAMAHA SUPPORTED WORLDSSP KE KEMENANGAN HEBAT DENGAN PRESTASI MENAKJUBKAN DI DONINGTON PARK.

Jules Cluzel pelumba dari GMT94 Yamaha Supported WorldSSP telah mendapat kemenangan keduanya pada musim ini di Donington Park. Pelumba ini telah mempunyai saingan sengit dengan bekas juara dunia, Lucas Mahias dan Federico Caricasulo (Bardahl Evan Bros. Yamaha Supported). Randy Krummenacher masih mengekalkan pendahulu dengan kedudukan keempat.

JULES CLUZEL (YAMAHA SUPPORTED WORLDSBK)- SEPERTI YANG BERLAKU

“Saya sangat gembira kerana sejak hari pertama pasukan telah memberi saya jentera yang hebat. Saya sedikit kecewa semalam kerana saya rasa saya boleh mendapat posisi depan. Namun, hari ini lebih penting. Ia bukan satu perlumbaan yang senang kerana Lucas menekan dari belakang sejak permulaan dan mempunyai kelajuan yang bagus. Dengan enam pusingan lagi saya terpaksa menekan sahaja,” kata Cluzel seperti dipetik dari Yamaha Racing.

Related Post

“Saya tidak membuat sebarang kesilapan pada tiga pusingan akhir. Saya cuba untuk mengekal kelajuan yang pantas dan itu bermakna Federico terpaksa menekan lebih kuat untuk cuba memotong saya. Untuk itu saya tahu saya mempunyai jarak. Saya ingat dia akan cuba lagi pada selekoh seterusnya tetapi dia tidak. Saya sangat gembira. Sudah lama sejak Thailand dan kami bergelut sedikit sejak kembali ke Eropah, tapi sekarang kami kembali ke peringkat teratas podium. ”

FEDERICO CARICASULO (BARDAHL EVAN BROS. YAMAHA SUPPORTED WORLDSSP)- SEPERTI YANG BERLAKU

“Separuh pertama perlumbaan itu benar-benar sukar kerana saya tidak mempunyai perasaan yang baik dengan bahagian depan dan itu membuat keadaan lebih sukar untuk kekal bersama dua penunggang di bahagian depan. Ia menjadi lebih mudah dari pertengahan perlumbaan dan seterusnya dan saya dapat melepasi Lucas untuk mendapat tempat kedua. Pada pusingan akhir, saya cuba melepasi Jules di hairpin, brek sangat keras apabila menghampiri selekoh, tetapi saya mungkin satu meter lebih depan dan dia mampu memotong bahagian dalam. Saya cukup gembira dengan kedudukan kedua hari ini, kerana ia bermakna saya telah mengembalikan mata pada rakan sepasukan saya dalam kejohanan itu.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan