KAWASAKI BARU MENGUMUMKAN MODEL KUSTOM RACER NINJA ZX-25R DAN SIRI ONE-MAKE NINJA ZX-25R YANG DIRANCANG UNTUK 2021.

Kawasaki Indonesia ditetapkan untuk melancar monster 4-sebaris 250cc, ZX-25R esok. Malangnya ia telah ditangguhkan oleh sebab wabak Covid-19 di Indonesia. Namun, Kawasaki baru sahaja membuat pengumuman Facebook mengenai model kustom Racer Ninja ZX-25R dan siri lumba one-make yang dirancang untuk 2021!

Kawasaki Motors Japan mereka model kustom racer dari Ninja ZX-25R terkini. Dengan ini mereka telah mengatakan bahawa ZX-25R ditetapkan untuk memasuki jualan di Jepun pada musim luruh tahun ini. Kawasaki juga mengatakan bahawa ZX-25R menawar prestasi tinggi bukan sahaja di lebuh raya tetapi atas litar juga. Tujuan Kawasaki Japan menonjol model kustom ini adalah untuk untuk “menggambarkan potensi litar tinggi ZX-25R dan tahap keseronokan tambahan yang dapat disampaikannya.”

   

   

Walaupun model kustom racer tidak akan dijual, Kawasaki telah menyenaraikan bahagian-bahagian yang digunakan pada kustom model ini. Jadi, jika anda merancang untuk mendapat sebuah Kawasaki ZX-25R ia adalah masa untuk menambah beberapa bahagian aftermarket ke troli membeli anda.

Bagi siri lumba one-make Ninja ZX-25R, Kawasaki kata siri ini dirancang untuk 2021. Acara ini diaturkan untuk menampung pelumba dengan dan tanpa pengalaman berlumba dan perlumbaan demo ditetapkan untuk musim luruh ini. Mereka juga menyebut bahawa model kustom bukanlah contoh jentera yang akan digunakan dalam siri perlumbaan one-make.

As for the Ninja ZX-25R one-make race series, Kawasaki says the race is planned for 2021. The event is set to accommodate riders with and without racing experience and the demo race is set to take place this Autumn. They also mentioned that the custom model is not an example of a machine which will be used in the one-make race series.

SENARAI BAHAGIAN-BAHAGIAN KUSTOM:

Cowling: A-TECH BLACK DIAMOND Racing Full cowling

Tail cowl: A-TECH BLACK DIAMOND Racing Seat cowling

Tank pad: A-TECH BLACK DIAMOND Racing Tank pad

Related Post

Exhaust system / Sistem ekzos: BEET NASSERT-R Evolution Type II (Race Prototype)

Tyres / Tayar: DUNLOP SPORTMAX α-13SP

Chain / Rantai: RK BL520R-XW

Sprocket: RK (painted version of Ninja ZX-25R standard equipment)

Front suspension / Suspensi depan: SHOWA (Ninja ZX-25R standard equipment with coated inner tubes) (Reference Part)

Rear suspension / Suspensi belakang: SHOWA (Ninja ZX-10R part) (Reference Part)

Footpads: SNIPER rear sets

Brake lever/ tuil brek: SNIPER 6-way adjustable, retractable brake lever

Clutch lever / tuil klac: SNIPER 6-way adjustable, retractable clutch lever

Lever guard: SNIPER carbon fibre guard

Sumber: Facebook Kawasaki

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan