Categories: Berita

Naza Group menyumbang RM1.25 juta kepada dana COVID-19

KUMPULAN SYARIKAT NAZA TELAH MENYUMBANG RM1.25 JUTA KEPADA DANA COVID-19 KERAJAAN MALAYSIA.

Naza Group kini adalah pengeksport dan pengedar tunggal untuk Ducati di Malaysia. Tambahan pula, Naza juga menghasil skuter dan motosikal di bawah jenama Naza di kilang pengeluarannya di Shah Alam, Selangor.

Selain daripada motosikal, kumpulan ini juga telah berkembang kepada pengimport dan pengedar utama untuk jenama automotif antarabangsa seperti; Ferrari, Maserati, Brabus, Peugeot, Kia, Chevrolet dan Citroen. Selain daripada jenama ini, Naza Group juga memiliki pengedar untuk Mercedes-Benz dan Perodua. Naza Group juga menghasil kenderaan Kia dan Pegeot di kilang Gurun, Kedah. Kenderaan-kenderaan ini dihasilkan untuk pasaran Malaysia dan antarabangsa.

Wabak Covid-19 semakin hari semakin teruk di Malaysia. Dalam usaha untuk menangani wabak ini, Kumpulan syarikat Naza telah menyumbang sejumlah RM1.25 juta kepada dana Covid-19 kerajaan.

Related Post

Group Executive Chairman & CEO, Naza Corporation Holdings; SM Nasarudin SM Nasimuddin menyerahkan sumbangan ini kepada Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ia berlaku pada petang ini di Pejabat Perdana Menteri.

SM Nasarudin memuji inisiatif kerajaan berkata, “Kami berharap sumbangan Kumpulan Naza dapat membantu meringankan nasib mereka yang terjejas akibat gangguan kerja dan kehilangan pendapatan akibat pandemik global ini. Kami bersyukur untuk komitmen yang ditunjukkan oleh pengamal perubatan kami, polis dan angkatan tentera dan frontliners dalam membantu menguruskan keadaan ini dan memastikan kami sentiasa selamat.”

“Selain dari sumbangan kewangan, Naza Group secara aktif akan mencari cara-cara untuk memanfaatkan perniagaan kami untuk membantu Kementerian Kesihatan dalam mengawal krisis ini. Sebagai rakyat Malaysia, kami perlu bersama dalam tempoh kritikal ini untuk mengatasi kesukaran,” tambah SM Nasarudin.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah