BOON SIEW HONDA AKHIRNYA MENDEDAHKAN HONDA RS-X 150 (ATAU WINNER-X DI PASARAN VIETNAM) YANG KINI DITAWARKAN PADA RM8,688.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Seperti yang dijangka, RS-X 150 dikuasakan oleh enjin Euro 4 DOHC 150cc. Ia mampu menghasilkan 15.8hp @9,000rpm dan tork 13.6Nm @7,000rpm.

Apa yang menarik ialah ciri keselamatan turut dipertingkatkan dengan sistem ABS (saluran tunggal) manakala pencahayaan dikendalikan oleh lampu LED penuh.

Sistem pembakaran juga lebih cekap dengan bantuan sistem PGM-Fi.

Related Post

Antara ciri menarik lain yang ditawarkan termasuk pemacu rantai tertutup, meter kelajuan digital dan pembuka tempat duduk Honda.

Honda RS-X 150 turut hadir dengan tiga pilihan warna yang menarik. Penunggang boleh memilih antara Honda Trico, Candy Caribbean Blue Sea dan Lemon Ice Yellow.

Honda RS-X 150 turut hadir dengan tiga pilihan warna yang menarik. Penunggang boleh memilih antara Honda Trico, Candy Caribbean Blue Sea dan Lemon Ice Yellow.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan