OLEH SEBAB COVID-19, UJIAN NTC TELAH DITANGGUHKAN!

Sumber gambar: MotoGP

Wabak covid-19 telah memberi kesan negatif kepada sukan motor, Beberapa GP telah dibatalkan atau ditangguhkan dalam sebulan. Adakah anda tahu MotoGP seterusnya yang kami dapat lihat adalah pada Mei 2020?! Anda boleh semak kalender MotoGP terkini di sini.

Selain daripada ini, NTC, ujian Northern Talent Cup juga telah ditangguhkan oleh sebab wabak ini. Menurut kenyataan dari Dorna Sports, NTC dijangka bermula dari 4 hingga 5 April 2020 di Oschersleben namun ia telah ditangguhkan. Tambahan pula, Northern Talent Cup tidak akan berlangsung pada hujung minggu sehingga ujian rasmi telah selesai.

KENYATAAN RASMI

Isnin, 16 Mac 2020

Related Post

Oleh sebab wabak coronavirus yang berterusan, ujian pertama untuk Northern Talent Cup telah ditangguhkan. Acara ini telah ditetapkan untuk berlangsung di Oshersleben dari 4 hingga 5 April 2020.

Dengan bantuan dari pihak kesihatan kerajaan, Dorna Sports sedang memantau dengan wabak yang berterusan ini. Kalendar baru akan dengan tarikh baru akan dijadualkan untuk ujian NTC dan akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Northern Talent Cup tidak akan berlangsung pada hujung minggu sehingga ujian rasmi telah selesai.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan