BMW F850 XR | Sumber gambar: MoreBikes

Walaupun S1000RR yang baru merupakan tarikan utama di pondok BMW Motorrad semasa acara motosikal EICMA Milan yang akan bermula pada November 6, jenama berasaskan Munich ini sedang bekerja untuk memperkenalkan beberapa model baru bagi 2019.

Salah satu daripada model baru ini menurut gambar yang dipamerkan pada laman web british MoreBikes, adalah adik kecil kepada motosikal popular dan cekap S1000 XR. Gambar F850 XR yang baru ini telah ditangkap oleh juru gambar semasa sesi pembangunannya.

Motosikal pada gambar ini seiras dengan konsep 9Cento yang dipamerkan oleh BMW Motorrad di Concorso d’Eleganza Villa d’Este, Itali. F850 XR ini mempunyai gaya kesukanan seperti S1000 XR yang lebih berkuasa tetapi juga lebih kepada gaya futuristik dengan fairing yang berbentuk sayap dan lebih kecil.

Related Post

Perbezaan antara 9Cento dengan F850 XR adalah penggunaan sistem magnet untuk memasang beg sampingan pada motosikal bagi 9Cento manakala untuk F850 XR pula, sistem konvensional telah diggunakan untuk kedua-dua beg sampingan dan beg ini boleh dipasang dengan top-case untuk ruang tambahan.

Kami menjangka motosikal ini akan mempunyai enjin berkembar selari yang sama seperti enjin yang digguna pada F850 GS, tetapi dengan lebih kuasa dan tork. F850 XR ini sepatutnya ditunggang dengan laju pada jalan asfalt.

Kami akan mendapat maklumat yang lengkap dan terkini tentang BMW Motorrad F850 XR baru ini pada EICMA Milan.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah