Categories: Berita

Topi keledar SHOEI NXR 2 paling ringan kini di Malaysia dari RM2,400

SHOEI NXR 2 ADALAH TOPI KELEDAR PALING RINGAN JENAMA DAN DISERTA CIRI-CIRI YANG AKAN MENINGKATKAN KESELAMATAN PENUNGGANG.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Sinar Puncak, pengedar rasmi jenama SHOEI di Malaysia, secara rasminya memperkenalkan SHOEI NXR 2, topi keledar muka penuh baharu untuk pasaran tempatan.

Menariknya, topi keledar SHOEI NXR 2 ini merupakan topi keledar paling ringan antara barisan model jenama topi keledar Jepun. Selain mencapai standard terkini, ECE22.06, ia juga dijamin lebih selamat.

Untuk rekod, SHOEI NXR 2 ini dibangunkan di kemudahan terowong angin SHOEI sendiri untuk mencapai tahap aerodinamik yang terbaik.

Hasilnya, NXR 2 ini hadir dengan reka bentuk yang kompak dan juga ‘spoiler’ belakang yang menonjol serta penghalang angin di bahagian hadapan. Penghalang udara juga meningkatkan penyingkiran udara panas untuk pemakai. Secara keseluruhan, terdapat 6 salur masuk dan 4 salur keluar.

Related Post

Menurut SHOEI, NXR 2 juga lebih senyap dan mampu menangkis air dengan lebih baik. Bukan itu sahaja, walaupun lebih senyap, reka bentuk topi keledar ini memastikan bunyi angin lebih rendah.

Sementara itu, visor melindungi muka dan mata sebanyak 99 peratus daripada Sinaran UV. Visor juga boleh dibuka dan ditutup dengan lebih mudah kerana sistem penguncian kini terletak di bahagian tengah bahagian hadapan.

SHOEI NXR 2 ini didatangkan dengan tiga varian berbeza dan pelbagai pilihan warna. Bagi warna biasa pula, SHOEI NXR 2 didatangkan dengan harga RM2,400. Sebaliknya, grafik boleh didapati pada harga RM2,899.

Peminat Marc Marquez boleh mendapatkan versi MM93 Collection Rush pada harga RM2,980.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah