Categories: Berita

Voge Infinity RR 660 dari China: Kelajuan tertinggi melebihi 200km/j!

PENGELUAR CINA VOGE AKAN MEMPERKENALKAN INFINITY RR 660 LEWAT TAHUN INI.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Pengeluar motosikal dari China, Voge nampaknya bercadang untuk memperkenalkan motosikal sukan 4 silinder sebaris tidak lama lagi. Kita boleh menjangkakan pelancaran pada akhir tahun ini.

Beberapa gambar pembentangan persidangan pengedar menjadi tular sekitar akhir bulan lalu, membocorkan beberapa maklumat mengenai motosikal itu.

Motosikal sukan, Voge Infinity RR 660 (2023), kelihatan lebih sporty berbanding Voge RR 525 dan Honda CBR650R.

Voge Infinity RR 660 (2023) akan menggunakan enjin DOHC 4-lejang 16-injap 4-silinder, cecair sejuk 660cc dengan sistem suntikan bahan api (FI). Enjin yang digunakan mampu mencapai putaran setinggi 13,000rpm dan kuasa melebihi 100hp.

Related Post

Masa yang diperlukan untuk kelajuan 0-100km/j adalah hanya 3.5 saat, manakala kelajuan maksimum melebihi 200km/j.

Sumber melaporkan bahawa pengeluar China Loncin mengeluarkan enjin 660cc. Enjinnya kira-kira 10 peratus lebih ringan daripada rangkaian kuasa Honda 650 series dan pesaing lain dalam segmen yang sama.

Dokumen pembentangan Voge menunjukkan motosikal sukan itu menggunakan sistem brek cakera berkembar dengan angkup Brembo 4 omboh. Ia turut didatangkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Traction Control System (TCS).

Sistem suspensi menggunakan fork jenis teleskopik (depan) dan monoshock boleh laras Kayaba (KYB) di bahagian belakang dengan swingarm di sis. Maklumat mengenai harga motosikal itu masih belum diperolehi.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah