Categories: Berita

Honda CBR250RR SP 2023 dilancar di Indonesia dengan quickshifter

HONDA CBR250RR 2023 KINI TERSEDIA DI INDONESIA DENGAN HARGA IDR79.2 JUTA (RM23,000).

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

PT Astra Honda Motor telah memperkenalkan Honda CBR250RR SP untuk pasaran Indonesia di Indonesia International Motor Show 2023.

Untuk 2023, motosikal sesaran 250cc itu kini hadir dengan beberapa ciri dan peralatan baharu termasuk enjin yang dikemas kini.

Menurut PT Astra Honda Motor, nisbah mampatan untuk enjin 249.7cc 8 injap selari berkembar dengan DHC telah meningkat dari 12.1:1 kepada 12.5:1. Terdapat peningkatan kuasa ke 42hp pada 13,000rpm berbanding 40hp sebelum ini. Nisbah gear juga lebih pendek supaya pengalaman tunggangan lebih sporty dan agresif.

Related Post

Sementara itu, versi SP ini turut disertakan dengan quickshifter sebagai standard.

Selain itu, CBR250RR SP turut didatangkan dengan fork depan Showa BPF bersalut warna keemasan. Fork adalah sama seperti yang terdapat pada CBR500R dan CBR650R.

Sistem brek adalah brek cakera tunggal di hadapan dan belakang serta dipadankan dengan sistem ABS dwi-saluran. Sementara itu, ciri-ciri lain yang kekal sama termasuk lampu hadapan LED penuh dan sistem ‘throttle-by-wire’.

Honda CBR250RR SP ini boleh didapati pada harga IDR79.2 juta (RM23,000).

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah