Categories: Berita

BMW R NineT 100 Years Edisi Terhad kini boleh didapati di Malaysia

BMW R NINET 100 YEARS EDISI TERHAD KINI DI PASARAN MALAYSIA DENGAN HANYA 10 UNIT TERSEDIA PADA RM129,500.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

BMW Motorrad memperkenalkan BMW R nineT 100 Years edisi terhad sempena ulang tahun jenama motosikal Jerman itu pada Disember tahun lalu.

Menurut BMW Motorrad, hanya 1,923 unit dikeluarkan untuk pasaran global ketika itu. Menariknya, daripada jumlah itu, 10 unit kini ditawarkan untuk pasaran Malaysia pada harga RM129,500.

BMW R nineT 100 tahun hadir dengan beberapa ciri istimewa termasuk kombinasi warna metalik Black Storm. Ia juga menampilkan tangki bersalut krom sebagai penghormatan kepada model 1969 R 75/5.

Related Post

Peralatan standard yang terdapat pada R nineT 100 Years termasuk gabungan lampu LED dengan DRL (lampu nyalaan siang hari) dan panel meter berkembar. Ia mempunyai ASC (kawalan kestabilan automatik) dan dua mod tunggangan (Hujan dan Jalan). Ia juga dilengkapi dengan penyerap hentak belakang boleh laras (pramuat) dan fork depan teleskopik boleh laras.

Sementara itu, BMW R nineT 100 Years ini menampilkan enjin Boxer 1,107cc yang sama dengan penyejukan udara/minyak. Ia mampu menjana 109hp dan 116Nm.

Kuasa brek dikawal oleh cakera brek hadapan berkembar dengan kaliper brek 4-pot. Ia juga dibantu oleh sistem ABS Pro yang datang sebagai standard.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah