Categories: Berita

Piaggio Museum mendapat tempat dalam Hall of Fame TripAdvisor

PIAGGIO MUSEUM DI PONTEDERA MENDAPAT TEMPAT DALAM HALL OF FAME TRIPADVISOR, SETELAH MENDAPAT CERTIFICATE OF EXCELLENCE UNTUK TAHUN KELIMA BERTURUT-TURUT.

Piaggio Museum | Sumber gambar: Wide Magazine

Muzium Piaggio di Pontedera, muzium motosikal terbesar di Itali dan Eropah, telah dimasukkan ke dalam Hall of Fame TripAdvisor dan mendapat Certificate of Execellence untuk lima tahun berturut-turut oleh sebab mata tinggi serta ulasan positif yang diberi oleh para pengunjung.

Muzium ini sentiasa dikenali setiap tahun oleh TripAvisor sejak 2015 bagi kemampuannya untuk memikat hati ramai pengunjung. Sebanyak 700,000 yang telah melawat Pontedera (dalam wilayah Pisa) dari seluruh dunia sejak muzium dibuka.

Sejak menerima anugerah ini untuk tahun kelima berturut-turut, Piaggio Museum mendapat tempat dalam Hall of Fame TripAdvisor. TripAdvisor adalah platform pelancongan terbesar di dunia yang didapati dalam 49 pasaran dengan 490 juta pelawat setiap bulan.

Ruang pameran yang besar di dalam Muzium, dirasmikan pada tahun 2000 dan diperbaharui dengan ketara pada tahun 2018, merangkumi 5,000 m2 dan terletak di bekas industri gudang yang kini menempatkan lebih daripada 250 kenderaan bersejarah.

Kenderaan yang mewakili beratusan tahun emosi, matlamat dan projek yang semuanya telah menemani perkembangan ekonomi dan sosial Itali.

Related Post

Koleksi Vespa, salah satu jenama Itali yang paling terkenal dan disayangi, menarik para peminat dari seluruh dunia dan dikelilingi oleh koleksi khusus untuk jenama Piaggio dan Ape dan kepada sejarah motosikal dan perlumbaan jenama Aprilia, Gilera dan Moto Guzzi .

Nama-nama yang telah menulis bab-bab utama dalam sejarah motosikal dan yang, bersama mendapat 104 gelaran dunia yang luar biasa dalam pelbagai jenis perlumbaan motosikal.

Dari jentera 1909 (tahun Gilera dipelopori) atau 1921 (kelahiran Moto Guzzi), sehingga motosikal Aprillia yang dimiliki oleh Valentino Rossi, Max Biaggi, Loris Capirossi, Manuel Poggiali, dan semua pemenang World Championship.

Bersama dengan barang-barang berharga ini, adalah sejarah segala kenderaan – dari keretapi ke pesawat, dari cabel-ways ke marine motors – dilindungi oleh syarikat yang merupakan sebahagian daripada sejarah Itali.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Piaggio Museum sila klik di sini.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan