Categories: Berita

Rancangan Harley-Davidson termasuk enjin silinder kembar baru

STRATEGI BARU SYARIKAT AMERIKA INI UNTUK 2020 TERMASUK KETIBAAN ENJIN SILINDER KEMBAR BARU

Twin Engine Harley Davidson | Sumber gambar: Shane Conley

Jenama yang berpusat di Milwaukee mempunyai cita-cita tinggi untuk masa terdekat. Rancangan tersebut termasuk bukan sahaja LiveWire yang telah kami bincangkan tetapi model enjin pembakaran baru seperti Pan America, Custom 1250 dan Streetfighter.

Tetapi menurut majalah German Motorrad, ini bukan sahaja model yang Harley-Davidson sedang membangun!

Menurut Motorrad, satu set file homologation dan skema menunjuk apa yang kelihatan seperti ejin silinder kembar baru yang Harley-Davidson merancang untuk guna pada motosikal baru mereka yang akan dikeluarkan pada 2020.

Related Post

Silinder enjin ini disusun dalam bentuk V dengan sudut 60˚, dan akan menggunakan double overhead camshaft untuk mengawal injap ekzos dan intake. Direka untuk menjadi padat dan ringan, enjin ini akan membolehkan Harley-Davidson untuk membina motosikal yang lebih ringan dan tangkas berbanding dengan motosikal mereka yang mempunyai enjin klasik.

Unit V-kembar baru ini akan mempunyai kapasiti dari 500 cc hingga 750 cc, tetapi juga hingga 1000 cc.

Seperti yang dijangkakan, Harley-Davidson tidak memberi sebarang komen mengenai enjin silinder kembar baru ini, tetapi kita tahu bahawa pengeluar Amerika ini memang akan menggunakannya pada motosikal baru mereka yang akan dikeluarkan pada tahun 2020.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan