PERLUMBAAN TERAKHIR AKAN BERLANGSUNG DI AUTODROMO INTERNACIONAL DO ALGARVE.

Sumber gambar: MotoGP

FIM, IRTA dan Dorna Sports telah mengumumkan penambahan baru kepada kalender Kejuaraan Dunia FIM MotoGP 2020. Grand Prix kelima belas ditetapkan untuk berlangsung dari 20 hingga 22 November yang juga akan menjadi perlumbaan akhir bagi tahun ini. Musim terakhir baru akan berlangsung di Autodromo Internacional do Algarve di Portimao, Portugal.

Litar Algarve telah menjadi litar simpanan untuk MotoGP sejak tahun 2017. Akhirnya, litar ini akan membuat penampilan sulung pada kalendar.

Autodromo Internacional do Algarve adalah trek yang unik. Ia mempunyai reputasi sebagai roller coaster berkelajuan tinggi kerana ia menawarkan keseronokan untuk peminat dan pesaing. Trek kini akan menyambut kembali MotoGP ke Portugal untuk pertama kali sejak 2012. Pelumba Portugal, Miguel Oliveira (Red Bull KTM Tech 3) akan berlumba di gelanggang sendiri dalam kelas utama untuk pertama kali.

PRESIDEN FIM JORGE VIEGAS- PENDAPAT MENGENAI MUSIM TERAKHIR MOTOGP

“Saya sangat bangga MotoGP akan kembali ke negara saya lapan tahun selepas Grand Prix terakhir, yang berlangsung di Circuito do Estoril pada Mei 2012. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dorna, Autodromo Internacional do Algarve dan Persekutuan Motosikal Portugal kerana berjaya memenuhi syarat yang diperlukan untuk penganjuran pusingan terakhir Kejuaraan Dunia Grand Prix FIM 2020 yang akan berlangsung di Portugal.”

Related Post

CEO  AUTODROMO INTERNACIONAL DO ALGARVE, PAULO PINHEIRO:

“Ini adalah pencapaian hebat bagi pasukan kami untuk akhirnya mendapat MotoGP di trek lumba kami! MotoGP adalah puncak sukan permotoran dua roda, dan kami sangat gembira dapat memilikinya.

“Ini adalah proses yang panjang dengan Dorna. Kami telah membuat perjanjian sejak 2017. Akhirnya, semua usaha kami terbayar. Lebih lagi untuk memiliki Miguel Oliveira di grid MotoGP dan berjuang untuk podium akan menjadi tambahan yang luar biasa untuk perlumbaan ini.

“Kami berusaha untuk mendapat peminat menonton perlumbaan kami, dan kami akan bermula dengan kapasiti 30,000 peminat untuk perlumbaan hujung minggu dan kemudian kami akan bincang dengan Dorna dan pihak kebersihan mengenai tahap berikut.

CEO DORNA SPORTS, CARMELO EZPELETA

“Ini adalah satu berita besar bagi kami. Kami menandatangani perjanjian pada tahun 2017 dengan Portimao untuk menjadi litar cadangan bagi sebarang jenis pembatalan, dan selama ini kami menghubungi mereka. Kami pernah ke Portimão dengan Superbike dan kami rasa ini adalah kemungkinan yang luar biasa bagi kami. Dan juga dalam perjanjian itu, trek akan muncul semula setelah pusingan Superbike. Semasa kami menerangkan hal ini kepada para penunggang, mereka sangat teruja kerana telah melihat trek di TV, tetapi kami tidak pernah berada di sana.

“Portugal mempunyai sejarah panjang dalam sukan kami dan ada beberapa persaingan bersejarah di Estoril. Ini adalah sesuatu yang sangat baik bagi kita untuk kembali ke Portugal, terutamanya dengan Miguel Oliveira mengambil bahagian kerana sangat baik apabila pelumba Portugal dapat bersaing di negara sendirinya. Kami sangat gembira dapat berlumba di Portimão pada akhir tahun ini.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan