Categories: Berita

Yamaha NMAX dikemas kini dengan dua warna baharu pada harga RM9,798

YAMAHA NMAX KINI TERDAPAT DALAM PILIHAN WARNA MERAH DAN BIRU MULAI 16 MAC 2023.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) baru sahaja mengemas kini skuter popular, Yamaha NMAX dengan pilihan warna baharu untuk 2023.

Menurut HLYM, skuter itu kini didatangkan dalam pilihan warna Merah dan Biru. Model tersebut boleh didapati pada harga RM9,798 bermula 16 Mac ini.

Seperti biasa, setiap pembelian Yamaha NMAX akan disertakan dengan ‘kunci cakera keselamatan Yamaha’ bernilai RM100.

Related Post

Model terbaharu ini turut menampilkan enjin satu silinder 155cc Blue Core SOHC dengan penyejukan cecair. Ia mampu menghasilkan 14.9hp pada 8,000rpm dan 14.4Nm pada 6,000rpm. Transmisi automatik CVT menyalurkan kuasa ke enjin.

Dengan tangki berkapasiti 7L, NMAX mampu bergerak jauh dan sesuai untuk kegunaan harian.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah