Categories: Berita

KTM 1290 Super Duke RR 2023 dilancar dengan 500 unit tersedia

KTM TELAH MEMPERKENALKAN SEMULA 1290 SUPER DUKE RR IKONIK DENGAN NAIK TARAF BARU TERMASUK PILIHAN WARNA BARU.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Apabila KTM memperkenalkan KTM 1290 Super Duke RR pada 2021, kesemua 500 unit model edisi terhad itu habis dijual dalam masa kurang sejam. Justeru, tidak hairanlah KTM memperkenalkan versi 2023 bagi memenuhi permintaan peminat yang terlepas peluang mendapatkan jentera itu dua tahun lalu.

Seperti 2021, 1290 Duke RR versi 2023 ini mencapai nisbah kuasa-kepada-berat 1:1. Model terbaru ini mempunyai berat 11kg kurang daripada model standard. Apabila dipadankan dengan 180hp dan 140Nm, terhasillah jentera yang bukan sahaja berkuasa tetapi juga agresif.

Seperti generasi sebelumnya, KTM 1290 Super Duke RR 2023 turut didatangkan dengan ‘subframe’ gentian karbon. Ia menampilkan banyak komponen ringan lain yang digunakan di bahagian lain termasuk ‘mudguard’, penutup tangki dan pelindung enjin.

Related Post

Pakej suspensi terdiri daripada fork hadapan WP APEX PRO 7548 dan penyerap hentak belakang WP APEX PRO 7746. Kedua-dua fork depan dan belakang boleh dilaraskan.

Sebagai jentera yang memfokuskan prestasi di litar perlumbaan, 1290 Super Duke RR didatangkan dengan mod litar khas termasuk Track dan Performance. Mereka yang inginkan kuasa lebih boleh memilih untuk memasang sistem ekzos Akrapovic Evo. Ini akan meningkatkan lagi kuasa kuda jentera.

Manakala, ciri yang membezakan model 2021 dan 2023 ialah aspek pengayaan. Model terbaru didatangkan dengan pilihan warna serba hitam dipadankan dengan kemasan oren pada kerangka.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah