Categories: Berita

Honda Vario 125 dilancar di pasaran Malaysia pada harga RM7,080

HONDA VARIO 125 KINI DI MALAYSIA DENGAN ENJIN YANG LEBIH KECIL TETAPI DENGAn CIRI-CIRI LEBIH MODEN.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Boon Siew Honda telah memperkenalkan Honda Vario 125 untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM7,080.

Pelancaran itu sudah dijangka selepas BSH sebelum ini berkongsi ‘teaser’ tidak lama dahulu. Untuk pasaran tempatan, tiga warna disediakan termasuk Kuning, Biru dan Merah.

Menariknya, Honda Vario 125 ini hadir dengan reka bentuk yang sama seperti Vario 150. Namun model baharu ini didatangkan dengan enjin yang lebih kecil dan kompak. Hasilnya, skuter terbaharu ini menampilkan enjin satu silinder SOHC dengan suntikan bahan api dan penyejukan cecair. Ia mampu menghasilkan 11.5hp dan 11.74Nm.

Related Post

Walaupun tampil dengan enjin yang kecil, varian 125cc ini masih mengekalkan ciri-ciri moden. Kita boleh melihatnya melalui lampu LED hadapan dan belakang serta sistem kunci pintar. Motosikal ini juga dilengkapi dengan pengecas USB dan sistem ‘anti-kecurian’.

Tayarnya dilengkapi rim hadapan dan belakang bersaiz 14 inci dengan tayar hadapan 90/80 dan tayar belakang 100/80. Sama seperti Vario 150 sebelum ini, versi 125cc ini hanya didatangkan dengan brek CBS dengan brek dram belakang dan satu cakera di hadapan.

Kemunculan Vario 125 secara tidak langsung melengkapkan tiga model Vario yang terdapat di Malaysia iaitu Vario 150 dan terbaru Vario 160. Bagaimanapun, BSH telah pun menghentikan pengeluaran Vario 150 dan menggantikannya dengan Vario 160.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan