Categories: Berita

Modenas Kriss 110 dinaik taraf untuk 2023 dengan harga dari RM3,917

MODENAS KRISS 110 DAN 110 DB TELAH MENERIMA NAIK TARAF UNTUK TAHUN INI SERTA PILIHAN WARNA BARU.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Modenas telah mengemas kini dua model kapcai popularnya, Kriss 110 dan Kriss 110 DB (brek cakera) untuk 2023.

Menurut Modenas, kedua-dua model ini kini hadir dengan rekaan lampu hadapan baharu selain port pengecasan USB. Selain itu, kedua-dua varian ini turut hadir dengan pilihan warna yang lebih segar.

Related Post

Bagaimanapun, tiada perubahan dilakukan pada enjin. Ia kekal dengan satu silinder 108cc, 4-lejang dan platform SOHC EEV. Enjin ini mampu menghasilkan 6.57hp pada 8,000rpm dan 6.7Nm pada 6,000rpm.

Bagi yang berminat, Modenas Kriss 110 boleh didapati pada harga RM3,917. Sebaliknya, versi DB didatangkan dengan tanda harga RM4,437.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah